suria

Nampak geng lelaki melepak rupa-rupanya senario ngeri buat pelajar perempuan - “Memang kaki aku automatik cari tangga lain”

Antara situasi lazim yang sering berlaku di sesebuah sekolah. FOTO: Twitter @Asiwaju_Lerry.

JIKA diimbas kembali episod kehidupan sewaktu bergelar pelajar, pasti banyak memori yang bermain di minda.

Begitu juga dengan perkongsian sekeping gambar di Twitter yang menarik perhatian netizen khususnya mereka yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan.

Foto yang dimuatnaik menerusi laman Twitter @Asiwaju_Lerry itu memaparkan sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul di kawasan tangga sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 hari masuk sekolah, ibu hairan tengok duit belanja anak ‘beranak’... rupa-rupanya hasil jual belalang

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekolah sebak, cari kawan ‘hilang’ ditemui petik gitar dalam tandas... Air mata lelaki jatuh jua akhirnya!

Foto itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mana rata-ratanya menyifatkan ia sebagai mimpi ngeri dalam kalangan pelajar perempuan.

Menurut beberapa netizen, mereka sanggup berjalan jauh untuk menggunakan tangga lain sekiranya berhadapan situasi itu.

Selain malu, mereka juga risau menjadi usikan pelajar lelaki yang nakal.

Posting tular di Twitter.

"Antara ramai-ramai ni, akan ada seorang yang tak nakal and diam je waktu girls lalu. Dia melepak sekali sebab tu kawan kawan dia je," tulis @shewasokay.

Perkongsian semula oleh pengendali akaun Twitter itu menerima reaksi luar biasa apabila ia diulang kicau (Retweet) hampir 20,000 kali.

Selain itu, netizen turut berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman mereka sewaktu bergelar pelajar suatu ketika dahulu.

Kalau masa sekolah nampak je lelaki lepak macam ni kat tangga memang kaki aku automatik cari tangga lain.

PELAYAR TWITTER

"Tapi bila ramai je mereka akan berani mengusik perempuan lalu. Cuba sorang-sorang, perempuan ramai. Mereka pun tersipu.

"Aku sanggup pusing satu sekolah daripada lalu tangga ni.

"Kalau masa sekolah nampak je lelaki lepak macam ni kat tangga memang kaki aku automatik cari tangga lain.

"Biasanya kumpulan macam ni. Sama ada yang paling nakal handsome atau yang paling diam tu handsome.


Banyak kenangan zaman sekolah yang kekal di ingatan kita sampai bila-bila. FOTO: ROHAIZAT MT DARUS/STAR

"Dalam ramai-ramai ni mesti ada seorang yang ada kawan baik perempuan dan yang lain tak kacau perempuan tu," tulis beberapa netizen.

Selain pengalaman lepak di tangga, netizen turut berkongsi pelbagai kenangan sewaktu zaman sekolah termasuklah kisah hari sukan, hantar surat bawah meja serta didenda guru kerana tidak menyiapkan tugasan.

Tentunya, segala kenangan indah waktu persekolahan tidak akan berulang kembali dan kekal menjadi memori sahaja untuk diceritakan pada anak-anak kelak.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tangga sekolah, lepak, nakal, pelajar, murid

Artikel Lain