GABRA atau gemuruh pastinya dilalui oleh mana-mana pengantin, terutama menjelang hari bersejarah itu. Kalau tidak dibanjiri peluh, mungkin seluruh badan menggigil saat bergelar pasangan raja sehari. Menerusi satu klip video yang tular, gelagat seorang pengantin lelaki dirakamkan secara tidak sengaja memegang tangan pengapit lelaki di sebelah kananya. ARTIKEL BERKAITAN: Di depan ada tok kadi, di belakang budak buat hal… Pengantin ‘gabra’ nama isteri panjang “Lafaz kedua, salam makin ketat…” ARTIKEL BERKAITAN: Anak bising mak ayah tak guna ‘akal’, gadis nak larang kanak-kanak ke majlis nikah... “Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam” Kelihatan mesra berpegangan tangan sedangkan isteri yang baru dikahwininya di sebelah kiri, pengantin lelaki hanya menyedarinya selepas ditegur seorang wanita. Aksi spontan Faris menjadi bahan lucu. Pengantin lelaki, Faris Akmal Faizal tampil menjelaskan bahawa tindakannya pada majlis perkahwinannya di rumah keluarga sebelah isteri di Alor Gajah, Melaka pada 11 Januari lalu itu adalah aksi spontan yang tidak disengajakan. Pemuda berusia 23 tahun itu bagaimanapun hanya menyedari perlakuannya dirakamkan selepas menerima klip video itu pada minggu lalu sebelum memuat naik di laman sosialnya sendiri di Instagram. “Sebelum insiden berpegangan tangan tu, saya dan isteri dijunjung atas kerusi dan diarak beramai-ramai mengikut adat tempatan. Risau juga tak seimbang kalau saya ni berat sangat. “Masa tu macam-macam dalam fikiran, sudahlah nervous jadi pengantin. Bila gemuruh tu memang rasa nak selamat, saya sampai terpegang tangan pengapit lelaki,” katanya kepada mStar. Faris dan isterinya dijunjung berarak ke majlis perkahwinan. Faris turut mendedahkan antara lain gemuruhnya kerana seperti tidak percaya dapat berkahwin dengan gadis pilihannya, Nur Radhiah Rahmat, 26. “Sepanjang perkenalan kami lebih setahun lalu, saya tak pernah pegang tangan dia (isteri). Jadi, mula-mula tu rasa janggal dan gemuruh bila nak pegang tangan dia. “Saya juga sebenarnya seperti tak percaya dapat kahwin dengan dia lebih awal, sepatutnya beberapa tahun lagi ikut perancangan tetapi bapa mentua mencadangkan lebih elok sekiranya ia dipercepatkan,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu. Faris dan isteri bersama keluarga pengapit lelaki. Menyedari pelbagai kritikan netizen berhubung video yang tular, Faris yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu menegaskan bahawa tiada hubungan songsang antara dirinya dengan pengapit lelaki yang merupakan sahabat baiknya sejak di sekolah menengah itu. “Itu terpegang tangan saja, bukan sebab yang bukan-bukan. Saya dan pengapit lelaki dah kenal lama sejak di sekolah menengah. Kami rapat macam adik-beradik. Tangan isteri pun saya gemuruh nak pegang sebab tak percaya dia dah sah jadi isteri, apatah lagi tangan perempuan lain yang bukan mak. Boleh jadi kenduri arwah kalau saya pegang tangan perempuan lain FARIS “Ada yang kritik cakap nasib baik saya tak terpegang tangan perempuan lain masa tu. Saya langsung tak terfikir pun pasal tu. “Tangan isteri pun saya gemuruh nak pegang sebab tak percaya dia dah sah jadi isteri, apatah lagi tangan perempuan lain yang bukan mak. Boleh jadi kenduri arwah kalau saya pegang tangan perempuan lain,” katanya secara berseloroh. Faris mengakui berasa gemuruh apabila berkahwin dengan gadis pilihan. Faris yang juga ketua pegawai eksekutif di sebuah akademi itu berkata, isterinya sekadar ketawa menonton video yang disifatkan sebagai gurauan yang lucu. “Isteri siap tanya depan saya dan Azzam (pengapit lelaki) ‘ada apa-apa ke dengan Azzam?’ sambil gelak. Azzam pula kenakan balik kata ‘nanti slow talk suami isteri dalam bilik sebelum tidur ya’. Kami semua gelak saja. “Apapun, nasib baiklah ada makcik yang tegur saya. Kalau tak, mungkin kami masih berpegangan tangan sampai ke dalam dewan,” ujarnya sambil menambah merancang untuk berbulan madu bersama isteri di Padang, Indonesia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jan 26, 2020 at 6:42am PST