“SEKARANG aku sedar, aku belum cukup ilmu… sekadar mendengar pendapat kawan-kawan dalam merawat anak. Kadang-kadang rasa sangat-sangat bersalah pada arwah.” Demikian luahan seorang wanita yang kehilangan anak lelakinya akibat jangkitan Influenza B, dua tahun lalu. Menerusi satu posting di Facebook, wanita yang menggunakan akaun Farrah Meklehs itu berkongsi kisah sedih detik-detik terakhir sebelum anaknya, Nik Mohamad Muadz menghembuskan nafas terakhir pada usia dua tahun 10 bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mata anak terbeliak, mulut terkacip, ibu berkali-kali lafaz maaf kepada anak kena Influenza A - “Aku tak mahu kehilangan lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Bos ‘kedekut’ nak bagi staf cuti anak kena Influenza, sekali terkena batang hidung sendiri terus menangis- “Tuhan balas cash depan mata” Menurut wanita tersebut, anaknya itu pada mulanya menghidap demam biasa sebelum dia bertindak memberikan sejenis ubat bernama Voren bertujuan untuk menurunkan suhu badan. Tanpa disangka, ubat berkenaan rupa-rupanya menyebabkan keadaan anaknya menjadi semakin teruk. Perkongsian Farrah mengenai kisah anaknya yang meninggal dunia akibat Influenza B. “Pada 11 November 2018, jam 3 pagi arwah dah mula demam dan aku bagi Voren. Alhamdulillah demam kebah. Pada pukul 7 petang pada hari yang sama, arwah demam lagi…. Voren diberi lagi. “Tapi demam tak turun. Aku buat tepid sponging (mandi berjelum) tapi masih tak kebah. Pukul 10 malam, anak dah mula menggigil demam 40 darjah. Redah pergi klinik swasta. “Doktor cuma ambil suhu badan tanpa sentuh anak aku, tanya demam bila, tak periksa pernafasan, tekak pun tak periksa, dia cakap demam biasa sebab aku dah beri Voren, doktor tak beri ubat dah. Katanya balik jelum saja. Balik dari klinik, aku tak sedap hati lalu terus ke hospital,” tulisnya. Allahyarham Nik Mohamad Muadz beberapa jam sebelum diisytiharkan 'brain death'. Menurut Farrah, keadaan anaknya semakin membimbangkan apabila diserang sawan sebanyak dua kali, iaitu sewaktu dalam perjalanan ke hospital, dan sewaktu sedang menerima rawatan di zon merah. “Pukul 1 pagi, anak aku tidur… aku tukar syif, papa dia (suami) yang jaga arwah. Lebih kurang pukul 3 pagi, papa dia telefon guna telefon hospital, katanya anak kritikal… dah buat CPR. “Anak aku ditolak ke PICU (unit jagaan intensif pediatrik). Wayar berselirat di seluruh tubuh arwah. Aku tanya suami, kenapa jadi makin teruk? Suami aku cakap, doktor suruh lap badan anak, kemudian dia berak banyak sangat. “Selepas tukar pampers, dia berhenti bernafas. Suami angkat dan tepuk banyak kali, akhirnya bernafas dan muntah darah. Doktor datang dan tolak ke bilik rawatan. Selepas periksa, doktor beritahu tiada harapan sebab arwah alami pendarahan dalaman dan brain death (mati otak),” ujarnya sambil menambah, anaknya kemudian diberi bantuan pernafasan ventilator. Voren telah buatkan anak aku 'brain death' dan pergi selama-lamanya. Pesanan aku buat ibu bapa di luar sana, kita tak tahu anak kita demam sebab apa, untuk keselamatan gunakan paracetamol saja. FARRAH MEKLEHS IBU Bagaimanapun, hari demi hari, keadaan anaknya tidak menunjukkan perubahan. Sehinggalah pada 15 November, dia yang ketika itu pulang sebentar ke rumah, menerima panggilan daripada suami yang mengatakan keadaan anak mereka sedang tenat. “Sampai di sana, arwah hembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05 pagi. Diagnosis arwah semasa meninggal Meningoencephlitis. Beberapa hari selepas arwah pergi, keputusan keluar dan ternyata arwah pergi kerana Influenza B. Contoh ubat Voren yang biasa digunakan untuk menurunkan suhu badan. “Dan baru aku tahu pemberian Voren menyebabkan dia makin teruk. Voren telah buatkan anak aku 'brain death' dan pergi selama-lamanya. Pesanan aku buat ibu bapa di luar sana, kita tak tahu anak kita demam sebab apa, untuk keselamatan gunakan paracetamol saja. “Pada anak mama Mik Mohamad Muadz, maafkan mama tidak menjaga baby dengan baik dan tidak menjadi mama yang baik,” katanya. Lebih menyedihkan, wanita ini mendedahkan dia didiagnosis menghidap depresi selepas pemergian anak kesayangannya itu. Perakuan mengenai sebab kematian Allahyarham Nik Mohamad Muadz, sebelum keputusan sebenar yang dikeluarkan beberapa selepas kematiannya yang menyatakan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana Influenza B. “Hanya masa mengubati nyawaku yang separuh hilang. Alhamdulillah aku semakin pulih daripada Major Depressive Disorder (MDD) walaupun masih dalam rawatan. “Bukan senang menerima hakikat. Berat mata memandang, berat lagi bahu ini yang memikul. Jagalah amanah Allah sebaik-baiknya. Curilah masa untuk bermain-main dengan mereka. “Jangan sampai satu masa kita menyesal dan kita tidak dapat mengundurkan masa itu,” tulisnya lagi.