ISU vaksin atau imunisasi sememangnya sering menjadi perdebatan, tambahan pula ketika musim penyakit berjangkit. Khususnya pada ketika ini, rata-rata membicarakan mengenai wabak novel koronavirus yang sudah menular di Malaysia sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai. Justeru secara tidak langsung, isu vaksinasi turut terkait sehingga laman sosial seolah-olah menjadi tempat ‘berperang’ menegakkan pendapat masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mata anak terbeliak, mulut terkacip, ibu berkali-kali lafaz maaf kepada anak kena Influenza A - “Aku tak mahu kehilangan lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda nafi suntikan vaksin punca kematian zuriat sulung - “Tak ada siapa nak bunuh anak sendiri... komen mereka amat melampau!” Sebagaimana yang dikongsi oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, dia mendedahkan bagaimana dirinya berdepan provokasi daripada seorang kenalan dalam grup Whatsapp mengenai isu vaksinasi. “Saya sebenarnya jarang membuka Whatsapp group tersebut. Hanya kadang-kadang sahaja bersembang. Kebanyakan ahlinya juga saya tidak begitu rapat, hanya kenal melalui satu acara sebelum ini. “Sewaktu berbual dalam group tersebut, ada saya menyatakan anak tidak berapa sihat. Entah kenapa, tiba-tiba seorang kenalan ni dia membalas dengan memberi analogi yang tidak masuk akal. “Katanya ‘Anak kau kan disuntik vaksin, jadi pergi saja ke mana-mana, tak perlu takut’. Bagi saya analogi tersebut langsung tidak masuk akal. Disebabkan itu saya membalas sedemikian rupa,” katanya kepada mStar. Posting yang dimuat naik oleh Shima gara-gara berang dengan provokasi seorang kenalannya. Terdahulu Shima memuat naik satu posting di Twitter bagi berkongsi mengenai kisahnya itu. Dalam posting tersebut dia menulis: Anak kau kan pandai swim, campak je la masuk kolam buaya. Saya jarang mencarut, tapi jangan cari pasal dengan saya masa Luvox saya habis. Dan jangan usik perihal anak saya. Ia menjadi tular sehingga meraih sebanyak 11,600 retweet di samping 14,200 like. Malah, rata-rata netizen turut menyokong tindakannya ‘menyekolahkan’ kenalan tersebut yang dipercayai merupakan seorang anti vaksin. Antara komen netizen terhadap posting Shima. “Orang yang anti vaksin ni otak dia sumbat, cakap apa-apa pun dia rasa betul. Jadi lebih baik block,” tulis seorang pelayar. “Masih cannot brain dengan golongan macam ni... dia tak sedar kot virus-virus sekarang pun dah moden,” komen seorang pelayar yang lain. “Kesian anak dia ada mak macam tu,” tulis pelayar yang lain pula. Dalam pada itu kata Shima, dia kemudian mengambil pendekatan untuk menyekat kenalannya itu di WhatsApp. Saya cuma mahu tekankan, jangan guna analogi yang tidak masuk akal. Walaupun kita pasang gril di rumah, takkan tak kunci pintu. Sama juga seperti suntikan imunisasi, di mana kita tetap perlu melakukan pencegahan. SHIMA IBU “Saya tak kisah, memang semua orang ada pandangan masing-masing. Tapi dia menggunakan anak saya sebagai analogi, ia sangat tidak adil. Sebagai seorang ibu, saya sangat concern mengenai isu yang melibatkan kesihatan. “Kadang-kadang golongan ini mempunyai ego yang tinggi, tidak mahu memilih vaksin sebab berpegang kepada kajian yang diperoleh daripada internet. Mereka dakwa vaksin akan membuatkan anak-anak terdedah kepada kesan yang lebih buruk. “Habis tu, buat apa kerajaan sediakan peruntukan untuk sediakan vaksin, tambah baik fasiliti. Dan apa gunanya doktor kalau mereka memilih untuk tidak mendengar saranan orang yang lebih ‘ahli’. Apakah anti vaksin benar-benar faham tentang imunisasi atau ego semata-mata,” ujar ibu kepada seorang anak ini. Isu suntikan imunisasi sering menjadi perdebatan ibu bapa golongan pro vaksin dengan anti vaksin. Shima dalam pada itu berkata, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk mencari gaduh dengan mana-mana pihak, sebaliknya hanya sekadar meluahkan pendapat sebagai seorang ibu. “Saya cuma mahu tekankan, jangan guna analogi yang tidak masuk akal. Walaupun kita pasang gril di rumah, takkan tak kunci pintu. Sama juga seperti suntikan imunisasi, di mana kita tetap perlu melakukan pencegahan. “Saya rasa, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap golongan ini sama seperti penyebar berita palsu. Sikap ignorance mereka ini memberi kesan yang besar untuk anak-anak,” ujarnya.