MUFTI Wilayah Persekutuan diminta mengeluarkan kenyataan berhubung isu membabitkan usahawan terkenal, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dan beberapa individu yang berpakaian seperti wanita semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, isu berkenaan melibatkan fatwa dan kenyataan berkaitan hukum seharusnya dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. “Bila dia (Sajat) sudah berada di Makkah, itu tindakan dia yang melibatkan hukum-hakam. Dan hal melibatkan fatwa perlu dikeluarkan oleh mufti. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia seorang lelaki secara biologinya...” - Bertelekung tunai umrah di Makkah, menteri teliti ‘perjanjian’ agensi pengembaraan dengan Sajat ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Jakim Dedah Identiti Sajat “Kita minta mufti untuk mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini secepat mungkin,” katanya kepada mStar. Sajat menunaikan umrah bersama keluarga dan dua anak angkatnya. Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ketika dihubungi sedia maklum berhubung isu yang hangat diperkatakan membabitkan usahawan kosmetik itu. Mengenai saranan Fuziah itu, seorang pegawai memberitahu mStar bahawa pejabat mufti akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang berbangkit dalam masa terdekat. “Pejabat mufti telah pun mengeluarkan fatwa mengenai lelaki berpakaian wanita ini, tetapi kita sedia maklum mengenai isu yang melibatkan Sajat ketika ini. “Sehubungan itu, kita akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan tidak lama lagi,” ujar pegawai berkenaan. Sajat (kanan) bersama ibu bapanya menaiki penerbangan ke Tanah Suci. Sementara itu, Lembaga Tabung Haji ada mengeluarkan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433 Hijrah mengenai khunsa dan mukhannas. Mukhannas merujuk kepada lelaki menyerupai wanita dari segi tingkah lakunya dan penampilannya. “Bagi mukhannas semula jadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak, dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya,” menurut resolusi itu. Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433 Hijrah mengenai mukhannas. Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dalam satu sidang media kesal dengan tindakan Sajat bersama beberapa individu lain itu yang berpakaian wanita di Tanah Suci sekali gus telah mencemarkan imej Islam. “Dia telah menjejaskan satu imej yang dalam IC (kad pengenalannya) sebagai seorang lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya pergi ke Makkah, saya difahamkan masa naik flight semuanya elok pakai sebagai lelaki. “Tapi bila sampai di Makkah dia berpakaian telekung macam wanita. Semuanya, pergerakan dan tempat yang dia pergi, tempat dia sembahyang adalah bersama dengan (jemaah) wanita. “Saya amat kesal sudahlah perbuatan dia itu menjejaskan imej, dipaparkan pula dalam Instagram, seolah-olah perkara itu tidak ada kesalahan... saya bercakap dari segi Islam, bukan dari segi hak asasi manusia,” katanya kepada pemberita.