MENDAPAT seorang pembantu rumah yang baik dan menyayangi anak majikan seperti anak sendiri merupakan satu bonus. Malah dalam situasi tertentu, ada kanak-kanak yang langsung tidak boleh berenggang dengan penjaga yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sejak kecil lagi. Begitulah kisah seorang kanak-kanak perempuan yang bersedih kerana pembantu rumah yang dipanggil bibik dan menjaganya sejak usia tiga bulan mahu pulang ke kampung halamannya di Surabaya, Indonesia. ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih bibik Lia! Nota dan doa buat anak majikan tersentuh, “Harap dia bersama keluarga saya lebih lama” ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin tawar RM3,000 jejak ‘bibik’ lari dari rumah - “Ciri-ciri... pendek, ada tahi lalat, gigi jarang” Video berdurasi 1 minit 32 saat yang dikongsi seorang wanita di Instagram Yatiekitchen memaparkan kasih sayang antara anak perempuannya bernama Dinda dengan bibiknya pada saat terakhir sebelum dia pulang ke Indinesia mengundang sebak netizen. Dinda tidak menangis kerana dimaklumkan keluarganya bahawa bibik itu akan kembali ke rumah mereka. Dalam video tersebut, Dinda duduk di pangkuan bibik kesayangannya dalam keadaan sedih tapi tenang. Sebaliknya bibik tersebut yang dilihat menangis kerana terlalu bersedih terpaksa meninggalkan kanak-kanak itu dan keluarga majikannya. Malah Yatie dalam postingnya turut meluahkan rasa rindu terhadap bibiknya itu. "Maaf ya saya rindu pada bibik dah... sakit rindu tiada penghujungnya. "Tak ada dah bibik call saya nak masak apa puan, beli cili kering puan dah habis. Miss her badly. "Saya tak pernah sedih macam nilah. Kami rapat sangat, yang lalui akan paham," katanya. Dinda (dua kiri) bersama bibik, kakak dan ibunya. Yatie turut mendedahkan sebab anak perempuannya itu tidak menangis dalam video yang dikongsinya itu. "Kenapa Dinda tak nangis? Sebab kami semua beritahu bibik akan balik sini balik, tapi bibik tak balik dah. Takut Dinda demam rindu. "Dalam banyak-banyak pesan bibik pada kami... Jangan buat Dinda!" katanya. Menurut Yatie, bibiknya itu membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya kerana sudah 18 tahun berkhidmat bersama keluarganya. "Bibik balik for good. Dia dah 18 tahun tak balik. Kesian juga kat dia," katanya menjawab pertanyaan netizen. Jelas Yatie lagi, dia juga amat rapat dengan bibiknya yang sering menjadi tempat meluahkan perasaannya. Kad ucapan keluarga Yatie kepada bibik mereka. "Selamat tinggal bibik. Bik maafkan saya ya selama bibik tinggal dengan saya. Bik saya tak ada tempat nak luahkan sedih saya, gembira saya. "Kita membawang sama-sama masa masak, dah tak ada bik, hancur luluh hati saya bik nak balik. Takpelah bik. Terima kasih jaga keluarga saya. "Terima kasih juga jadi peneman saya. Terima kasih jadi pendengar masalah saya. Hanya Allah dapat membalasnya," katanya. Kenapa Dinda tak nangis? Sebab kami semua beritahu bibik akan balik sini balik, tapi bibik tak balik dah. Takut Dinda demam rindu. YATIE Yatie turut berkongsi beberapa pengalaman lucu bersama bibiknya semasa memasak bersama-sama. "Saya akan rindukan masak sama-sama dengan bibik. Bibik pecahkan alu lesung saya. Apa pun bik buat saya tak marah pun sebab saya anggap bik macam keluarga saya. "Halalkan semua ya bik. Saya tahu bik tak tahu baca tapi saya tau bik boleh suruh orang bacakan! Ada rezeki umur panjang kita jumpa lagi. Yatie berkongsi momen video call bersama bibiknya. "Sebab bibik la saya buat buku ada gambar bahan-bahan sebab bik tak tau baca. Semoga kenangan bersama bibik ini menjadi satu kenangan paling manis dalam keluarga kami," katanya. Dalam pada itu, Yatie turut berkongsi momen sering berhubung dengan bibiknya menerusi panggilan video sehinggalah dia tiba di kampung halamannya. "Bibik tak mau pandang muka saya sebab dia rindu dah. Kita pun rindu bibik juga. Every 15 minit dia video call. "Bibik beritahu dia dah dalam flight saya tak boleh tunjuk sedih kat dia. Saya happy for bibik dapat jumpa keluarga dia setelah 18 tahun tak balik. "Bibik safely arrived. Terus video call. Alhamdulillah bibik dah kembali ke pangkuan keluarga tersayang," katanya. View this post on Instagram Sebaknya... keputusan bibik untuk pulang ke kampung halaman pastinya memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak ini yang dijaganya sejak kecil. Semoga kenangan bersama bibik sentiasa segar dalam ingatannya ? Kredit Instagram Yatiekitchen #mstarkongsi #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Feb 6, 2020 at 3:45am PST