suria

“Dia kalau boleh nak ambil yang jarak jauh sikit” - Umur dah 77 tahun, bekas atlet VI masih berbisa... setiap hari mesti kena lari

Foto Wahid yang menyertai acara larian menjadi tular di media sosial. Kredit: ImDavid - Ultron UiTM Ultra 2020 Vol.4

USIA bukan penghalang!

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keupayaan seorang warga emas berusia 77 tahun apabila dia masih lagi aktif menyertai acara sukan larian.

Terbaharu, Abd Wahid Kassim menyertai acara larian sejauh 104 kilometer (km) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1 dan 2 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk cucu 6 harap Rihanna jadi ‘followers…’ Anak zahirkan hajat bapa pengikut IG cecah 4,000 dalam masa 2 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk 3 cucu masih handal di dapur, nasi goreng daging salai power! - “Boring duduk rumah, selagi ada kudrat dia nak buat juga”

Bercerita kepada mStar, anak pertamanya iaitu Muhamad Haiman, 46, mengakui bapanya sudah lama meminati sukan larian.

"Dia memang suka acara larian dari zaman dulu lagi. Masa kat Victoria Institution, dia merupakan atlet pecut.

"Masa tu sekitar tahun 60-an. Sampai hari ni dia teruskan exercise. Setiap hari dia cuba berlari pada waktu pagi, petang atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Posting mengenai warga emas itu yang tular di media sosial.

Menurut Haiman lagi, bapanya seolah-olah tidak boleh duduk diam dan sering melakukan pelbagai aktiviti demi memastikan tubuhnya sentiasa sihat.

Selain berlari, warga emas itu juga gemar memotong rumput jika mempunyai kelapangan waktu.

"Setakat ni dia tak ada sakit apa-apa. Memang disiplin dalam aktiviti dan komitmen.

Untuk larian 104 km hari tu, dia sempat habiskan 13 pusingan sahaja, lebih kurang 65 hingga 67 km. Tak dapat nak habiskan semua sebab keletihan melampau.

MUHAMAD HAIMAN ABD WAHID

ANAK

"Dia bukan jenis duduk diam. Kalau tak buat apa-apa nanti urat dia tegang, kaki akan sakit," ujar Haiman lagi.

Tambah Haiman, minat bapanya itu turut mengalir dalam darahnya yang sehingga kini aktif menyertai larian denai.

Malah, dia turut berharap penularan kisah bapanya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Wahid masih lagi sihat walaupun usia sudah menjengah 77 tahun. (Kredit: Duta Foto Malaysia)

"Saya harap apa yang dia buat dapat beri inspirasi kepada orang muda.

"Untuk larian 104km hari tu, dia sempat habiskan 13 pusingan sahaja, lebih kurang 65 hingga 67 km.

"Tak dapat nak habiskan semua sebab keletihan melampau," kongsinya lagi.

Kata Haiman, bapanya sebelum ini pernah bekerja sebagai guru sebelum mengubah haluan kerjaya sebagai jurutera.

Haiman mengikut jejak langkah bapanya, aktif dalam acara larian denai.

Menetap di Dengkil, Selangor, bersama isterinya, Mariam Ismail, 67, warga emas itu mempunyai empat anak dan 12 cucu.

Dalam pada itu, posting mengenainya yang dikongsi di Twitter turut menerima reaksi luar biasa, mencatat 10,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen memberikan pujian dan mengakui kagum dengan kemampuannya pada usia itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain