suria

Alahai kesian Cleopatra! Cedera di dapur tapi kebenaran kisahnya diragui

Foto kaki dengan tompokan darah yang dikongsi Cleopatra menjadi topik perbualan netizen di Twitter.

SETELAH namanya menjadi tular sekitar Oktober tahun lalu, apa sahaja yang dikongsi wanita dikenali sebagai Cleopatra ini pastinya menjadi tumpuan netizen.

Pada Disember misalnya, video Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin sedang memasak di dapur menerima lebih 1.1 juta tontonan di Twitter.

Pada Isnin lalu pula, satu lagi posting menerusi Twitter wanita jelita itu menjadi topik perbualan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Cleopatra dakwa pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga, bekas suami tampil pertahan diri - “Maaflah... abam ni orang kampung”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai guna perkataan pondan” - Syed Saddiq nafi setiausaha transgender, ajak fokus isu rakyat

Semuanya gara-gara sekeping foto yang memaparkan kakinya bersama beberapa tompokan darah di lantai.

"Bagaimana pisau dari tangan boleh menikam kaki saya," tulis Cleopatra menerusi kapsyen.

Posting itu turut disertakan dengan emoji menangis, dipercayai untuk menggambarkan kesakitan yang dialaminya.

Apa sahaja yang dikongsi wanita ini pasti akan menjadi perhatian netizen.

Selain meluahkan rasa simpati, ramai netizen turut meninggalkan komen sinis menerusi posting itu.

Rata-ratanya mengecam tindakan Cleopatra yang tidak membersihkan luka atau mendapatkan rawatan, sebaliknya merakam foto terlebih dahulu.

Namun jelasnya, foto itu dirakam untuk memberi penjelasan kepada ibunya sahaja.

Bagaimana pisau dari tangan boleh menikam kaki saya.

CLEOPATRA

"Nampak sangat tak pernah pegang pisau.

"Tapi dekat pisau tak ada darah pun? Hm maaf saya keliru.

"Macam tipu je," tulis beberapa pelayar Twitter.

Dalam pada itu, seorang lagi pelayar Twitter turut berkongsi semula foto sama dengan kapsyen: "Ia berlaku kepada orang yang pura-pura pandai memasak.

Video masakan Cleopatra yang menerima lebih sejuta tontonan di Twitter.

Perkongsian itu turut menerima perhatian ramai sehingga diulang kicau (Retweet) hampir 3,000 kali.

Untuk rekod, Cleopatra sebelum ini pernah tular apabila dia muncul dalam satu video, sedang mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain dituduh sebagai transgender, dia sekali lagi tular apabila kisahnya yang mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga tersebar luas.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain