PERBEZAAN agama tidak menjadi penghalang kepada seorang pensyarah berbangsa Cina untuk menjadi koordinator kepada kerja kesukarelawanan melibatkan program cuci telekung di Perak. Cheah Li Na, 60, pensyarah bahasa Inggeris yang juga Ketua Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM), Perak bagaimanapun mengakui segan apabila namanya menjadi sebutan gara-gara satu posting tular di Facebook. Ujarnya, usaha itu bukan melibatkan dirinya seorang, sebaliknya program itu digerakkan secara bersama oleh pensyarah, kakitangan serta pelajar di insitusi pengajian berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Sampainya hati! Baru sehari peluk Islam, dah ada yang tipu mualaf, “Menangis bukan sebab duit tapi sebab nak al-Quran” ARTIKEL BERKAITAN: Setahun peluk Islam, apa yang dialami jejaka mualaf ini tidak pernah dijangka... terharu keluarga mentua terima menantu nakal! "Ia merupakan usaha secara berkumpulan. Saya sebagai koordinator sahaja. Saya rasa kasihan pada yang lain. "Saya pun rasa malu, sebab ada yang salah faham. Bukan saya seorang, tapi semua terlibat. Kalau sampai giliran saya cuci telekung pun, saya akan hantar ke dobi Islam. "Sekitar 50 orang juga semuanya yang terlibat. Tapi kadang-kala kalau ada kakitangan yang bawa balik ke rumah, isteri atau anak mereka pun tolong cuci juga," katanya kepada mStar. Posting di Facebook mengenai pensyarah itu. Bercerita mengenai usaha murni itu, Li Na berkata segalanya bertitik tolak daripada Program Wakaf Telekung oleh Pusat Sumber KVSM pada 2015 sempena meraikan kedatangan Hari Raya Aidiladha. Bermula dengan beberapa surau awam, mereka kemudiannya bekerjasama dengan Hospital Seri Manjung (HSM) pada tahun berikutnya, hasil idea pengarah KVSM pada waktu itu, Intan Suhana Kamaruddin. "Setiap bulan pusat sumber ada pameran bertema. Bermula dari situ, pengarah KVSM pada waktu itu bagi cadangan agar ia diteruskan. Usaha murni ini sudah bermula sejak tahun 2015. "Jadi kami bekerjasama dengan HSM sejak Januari 2016 sampai sekarang. Dua kali sebulan kami kutip, cuci dan hantar balik. "Pensyarah dan kakitangan yang cuci, pelajar akan bantu untuk penghantaran. Ada juga pelajar yang bantu lipat dan bungkus. "HSM pun terletak belakang KVSM sahaja. Tak jauh, tak sampai lima minit pun," ujarnya. Saya pun rasa malu, sebab ada yang salah faham. Bukan saya seorang, tapi semua terlibat. Kalau sampai giliran saya cuci telekung pun, saya akan hantar ke dobi Islam. CHEAH LI NA PENSYARAH KVSM Lebih manis, HSM turut menganugerahkan sijil dan piala penghargaan jasa bakti buat kumpulan kelolaan Li Na pada April tahun lalu. Selain Team Projek Telekung, dia turut terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan bersama badan bukan kerajaan (NGO) The Third Force Perak dan Pusat Rawatan Paliatif untuk Pesakit Kanser Manjung. Mereka yang turut membantu dalam projek itu. Dalam pada itu, posting di Facebook mengenai usaha murni Li Na dan rakan-rakannya oleh pengasas pertubuhan sukarelawan kebajikan, The Thirdforce Dr Raja Shamri Raja Husin turut mencuri perhatian ramai. Sehingga kini, posting berkenaan menerima 2,200 tanda suka dan turut dihujani pelbagai komen daripada orang ramai. Usaha murni kumpulan ini turut mendapat pengiktirafan Hospital Seri Manjung, Perak. "Tugas cikgu yang sibuk tapi masih sempat curi masa untuk buat baik. "Hidup muafakat membawa berkat. "Buat baik ramai orang sayang," tulis beberapa netizen.