TIDAK semua orang ditakdirkan mempunyai nasib yang baik dan mampu hidup bersenang lenang. Ada yang terpaksa berhempas pulas mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak isteri, apatah lagi pada zaman ini di mana kos sara hidup semakin meningkat. Pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan asalkan ia mampu memberikan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah terima sedekah, Tok Bibah jual botol kosong, barang lusuh cari rezeki... mampu hantar anak angkat masuk universiti! ARTIKEL BERKAITAN: “Cara dia cakap buat saya hilang kata-kata” - Ramai kagum tengok peniaga cilik bagi free gift doa... rare dan tak fake! Sama halnya dengan satu perkongsian yang tular di Facebook baru-baru ini, yang memperlihatkan kegigihan sepasang suami isteri mencari rezeki dengan menjual dadih. Apa yang benar-benar menyentuh hati, mereka turut membawa bersama seorang anak kecil yang digendong oleh si ibu. Tanpa kerusi mahupun payung, pasangan suami isteri itu begitu cekal berniaga dadih di bawah terik mentari. Posting yang tular memperlihatkan sepasang suami isteri gigih mencari rezeki dengan meniaga dadih. Menerusi maklumat yang disertakan bersama gambar tersebut, lokasi perniagaan pasangan suami isteri itu adalah di kotak parkir bertentangan dengan sebuah bank di Bandar Perda, Pulau Pinang. Sehubungan dengan perkongsian yang menyentuh hati itu, para netizen membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa simpati terhadap nasib pasangan suami isteri itu. “Bertabah kakak dan abang… permulaan agak sukar InsyaAllah semoga satu hari nanti kakan dan abang berjaya pasarkan produk di merata tempat,” tulis seorang netizen. Pernah nampak kat taman lampu di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Bandar Perda sambil bawa anak... malam-malam pun bawa anak jual dadih. NETIZEN Dalam pada itu, netizen juga meminta orang ramai menyokong pasangan berkenaan dengan membeli barang jualan untuk membantu meringankan bebanan mereka. Malah, netizen juga mengkagumi sikap pasangan suami isteri berkenaan yang gigih berusaha demi mendapat hasil pendapatan yang halal. “Suka orang yang macam ni... sedar hidup susah dan tetap buang alasan dan terus usaha biarpun susah macam mana sekalipun,” komen seorang netizen. “Pernah nampak kat taman lampu di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Bandar Perda sambil bawa anak.... malam-malam pun bawa anak jual dadih. Semoga Allah limpahkan rezeki buat suami isteri ini,” komen netizen yang lain pula. Antara komen netizen yang bukan saja meluahkan rasa simpati, namun ada yang mengkagumi kecekalan mereka mencari rezeki. Tidak kurang juga ruangan komen tersebut turut dipenuhi ucapan para netizen yang mendoakan pasangan suami isteri berkenaan dimurahkan rezeki. Sehingga kini, posting tersebut meraih 890 shares selain dibanjiri ratusan komen netizen.