suria

“Saya PM cikgu ni mak tak tahu” - Guru terkejut dapat mesej remaja 14 tahun... akui kesempitan hidup keluarganya memang ‘real’

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun secara diam-diam menggunakan telefon bimbit ibunya untuk mendapatkan bantuan. Foto Facebook Mohd Fadli Salleh

KETIKA kita tidur lena kekenyangan, jangan kita lupa masih ada segelintir keluarga yang lain tidak cukup makan kerana kesusahan yang mereka alami.

Ibu bapa mungkin tidak berkongsi kepayahan itu, tapi dalam situasi tertentu ia sebenarnya dapat dirasai oleh anak-anak mereka.

Barangkali kerana sangat terdesak dan tiada bekalan makanan, seorang anak yatim terpaksa menghubungi seorang guru yang sering terlibat dengan program kebajikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal 6 anak dihalau, siapa sangka hidangan bubur kacang 2 pagi jadi petanda – “Rupa-rupanya Tuhan kirim satu keluarga cari aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak naik motor redah hujan untuk sekampit beras, barang dapur... tiba nak bayar minta tuala wanita pula!

Guru berkenaan, Mohd Fadli Salleh berkongsi mengenai kisah remaja perempuan berusia 14 tahun yang menyayat hati di halaman Facebooknya, Ahad malam.

Seorang remaja menghantar mesej kepada seorang guru untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan. Gambar sekadar hiasan/ Foto Reuters / nytimes.com

Mungkin bimbang diketahui ibunya, menurut Mohd Fadli, remaja tersebut terpaksa menghantar mesej kepadanya secara diam-diam.

“Seorang anak baru berusia 14 tahun curi-curi guna telefon ibunya untuk PM (mesej secara langsung) aku minta bantuan beras dan sepapan telur untuk makan.

“Katanya... Salam cikgu. Boleh saya minta bantuan barang dapur? Tak ada apa dah kat dapur. Ni Facebook mak saya. Saya PM cikgu ni mak tak tahu,” ujar Mohd Fadli.

Seorang ibu tunggal mengambil upah menjaga kanak-kanak dengan pendapatan RM400 sebulan. Gambar sekadar hiasan/Foto FAIHAN GHANI

Fadli berkata, remaja itu menetap bertiga bersama adik dan ibunya yang merupakan penerima Baitulmal sebanyak RM500 sebulan.

Tambahnya lagi, ibu tunggal itu mengambil upah menjaga kanak-kanak dengan pendapatan bulanan sebanyak RM400. 

“Sewa rumah RM600, bil api, bil air, bil van sekolah anak-anak, duit belanja lagi. Baki setiap bulan untuk makan tak sampai RM100 saban bulan,” ujarnya.

Suami kepada wanita itu meninggal dunia ketika dia hamil tiga bulan. Gambar sekadar hiasan/Foto FAIHAN GHANI

Berdasarkan siasatan, kisah mengenai kesusahan keluarga remaja tersebut adalah benar sebagaimana yang diceritakan kepada guru itu. 

“Sah, cerita semua benar. Kesempitan hidup mereka itu real, bukan tipu-tipu.

“Maka kami bantu mereka dengan dana yang ada. Malam ini, baru aku berkesempatan ziarah sendiri. Tersenyum lebar si anak dan ibunya,” katanya.

Anak-anak yatim ni Nabi Muhammad SAW kasih sungguh. Kerana tempat pergantungan utama mereka sudah tiada, dan ibu serta anak-anak perempuannya terpaksa berdikari tanpa boleh mengharap sesiapa.

MOHD FADLI SALLEH

Menurut Mohd Fadli, suami kepada wanita itu meninggal dunia sewaktu hamil anak bongsu tiga bulan dan sejak itu mereka merasai keperitan hidup.  

“Mereka hanya mengharapkan zakat dari Baitulmal dan jaga anak orang yang cuma sedikit sahaja upahnya.

“Kita bantu dan support dia untuk buat kuih dan hantar kepada koperasi sekolah,” ujarnya sambil menambah ketuhar dan kelengkapan berkaitan diberikan bantuan oleh pihaknya kepada wanita itu.

Pertemuan Mohd Fadli dengan seorang ibu dan anak perempuannya. Foto Facebook Mohd Fadli Salleh

Jelas Mohd Fadli, pihaknya turut menyediakan yuran persekolahan anak-anak wanita berkenaan termasuk keperluan berkaitan yang secukupnya.

“Anak-anak yatim ni Nabi Muhammad SAW kasih sungguh. Kerana tempat pergantungan utama mereka sudah tiada, dan ibu serta anak-anak perempuannya terpaksa berdikari tanpa boleh mengharap sesiapa.

“Aku memang sangat utamakan kebajikan anak-anak yatim. Kami cuba bantu yang ada dalam radar dan capaian kami,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain