KANSER payudara sememangnya antara penyakit pembunuh untuk kaum wanita. Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada penyakit ini, antaranya faktor umur dan juga sejarah keluarga. Bagaimanapun ada juga yang mengaitkannya dengan pemakaian baju dalam atau bra yang ketat dan berdawai, yang mana ia dijaja dari mulut ke mulut sehingga ramai yang mempercayainya. ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina persoal isteri pendakwah senang-senang guna title doktor ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak takut... sila perketat dan kemaskini!” - Dr Amalina kata tak masuk akal Malaysia guna undang-undang kawal produk kesihatan sama sejak 1956! Isu tersebut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri, yang mana pakar bedah kelahiran Malaysia itu baru-baru ini menegur pelayar Twitter gara-gara menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang ramai. Menulis di Twitter, Dr Amalina menjelaskan bahawa pemakaian bra sewaktu tidur dan pemakaian bra yang berdawai bukanlah penyumbang kepada kanser payudara. Dr Amalina turut menyertakan pautan yang menerangkan lebih lanjut mengenai kanser payudara sebagai rujukan di tweet tersebut. Tweet seorang pelayar yang mengaitkan bra ketat sebagai punca kepada kanser payudara, sebelum ia kemudian dipadam. “Sesetengah orang mungkin perlu memakai bra pada waktu malam untuk sokongan atau kerana nasihat doktor. Sekiranya anda perlu memakainya, sila cari bra yang betul serta tidak terlalu ketat,” tulisnya dalam bahasa Inggeris. Dalam masa yang sama menurut Dr Amalina, tidak ada bukti yang kuat untuk menyokong dakwaan kononnya memakai bra pada waktu malam dapat mencegah payudara daripada menjadi kendur. “Sesetengah wanita berasa selesa untuk memakai bra ketika mereka sedang tidur… sementara yang lain pula tidak. Saya fikir kita harus membiarkan wanita memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dengan tubuh mereka, selagi mana ia tidak menyebabkan sebarang bahaya,” tulisnya lagi. Korang nak percaya kawan punya sepupu punya nenek punya kawan punya datuk punya kawan punya adik punya abang punya kakak yang beritahu ke atau doktor yang buat specialise dalam bidang kanser payudara beritahu? DR AMALINA CHE BAKRI PAKAR BEDAH Seorang pengguna Twitter kemudiannya mengaitkan punca kepada kanser payudara dengan pemakaian bra yang ketat, sebagaimana yang pernah didengarinya sebelum ini. Tweet tersebut turut mendapat maklum balas daripada doktor muda tersebut, namun dalam nada yang sedikit ‘geram’ kerana kebanyakan orang lebih memilih untuk mempercayai mitos berbanding membaca maklumat yang sahih. “Dah berapa kali saya nak cakap, itu adalah mitos, tolonglah baca abang oiiiiii. “Korang nak percaya kawan punya sepupu punya nenek punya kawan punya datuk punya kawan punya adik punya abang punya kakak yang beritahu ke atau doktor yang buat specialise dalam bidang kanser payudara beritahu?” tulis Dr Amalina pada tweet yang berasingan. Antara komen netizen yang menyokong Dr Amalina. Rata-rata netizen menyokong kenyataan doktor tersebut dan dalam masa yang sama ‘menyerang’ pelayar berkenaan gara-gara terlebih mempercayai mitos. “Degil betullah...dia tak tahu ke yang Dr Amalina ni tengah buat Phd (philosophy doctor) pasal breast research?” komen seorang netizen. “Maafkan dia... Dia baru nak kenal breast perempuan,” komen netizen lain pula. “Darah beku bawah ketiak? Ada beza ke pakai bra siang dengan masa tidur? Sama je pun ketat juga,” tulis seorang lagi netizen. Menerusi pemerhatian mStar, pengguna berkenaan sudahpun memadamkan tweet tersebut.