suria

“Dah kahwin, ada anak... tiada masa nak tiru Ariana Grande” - Tak kisah wajah disamakan dengan penyanyi antarabangsa, tapi ibu muda ini tetap rimas

Nabila (kanan) disamakan dengan Ariana Grande sejak tahun 2015.

DIBERI jolokan Ariana Grande Malaysia versi berhijab.

Itulah tanggapan netizen yang terpaksa ditelan ibu muda yang memiliki seorang cahaya mata ini apabila wajahnya disamakan dengan bintang pop antarabangsa, Ariana Grande.

Menurut Nabila Azman, 25, dia pernah menjadi sebutan ramai gara-gara hal sama pada 2015 namun impak penularan kali ini ternyata lebih dasyat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai tanya saya Islam ke tak?” - Semua serba tak kena... Instafamous wajah macam ‘oppa’ bingung dituduh bodoh, syok sendiri

"Benda ni sebenarnya dah lama. Dari tahun 2015 lagi. Masa first time kena tu tak rasa apa sangat. Kali ni agak dahsyat apabila viral kali kedua.

"Rimas juga tapi tak ada rasa apa-apa. Sebab saya bukan minat sangat Ariana Grande. Kadang-kadang tu ada rasa annoying juga.

"Dah muka memang macam tu, ada orang kata saya try hard untuk kelihatan macam dia," ujarnya kepada mStar.


Nabila sudah berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

Menurut Nabila lagi, dia tidak mengambil serius kata-kata netizen memandangkan mereka tidak mengenalinya di dunia nyata.

Biarpun menerima komen negatif, dia menganggap perkara itu sebagai lumrah dalam media sosial sahaja.

"Saya biarkan je, sebab mereka pun tak kenal saya. Semua orang ada hak untuk bagi pendapat masing-masing.

Rimas juga tapi tak ada rasa apa-apa. Sebab saya bukan minat sangat Ariana Grande. Kadang-kadang tu ada rasa annoying juga.

NABILA AZMAN

SURI RUMAH

"Saya dah kahwin, ada anak... tiada masa nak tiru Ariana Grande. Saya tak kisah sangat, cuma agak terkejut. Tapi tak adalah sampai tahap stres," katanya lagi.

Menurut Nabila, dia kini sibuk menguruskan rumah tangga, ditambah pula dengan kehadiran anak lelakinya yang kini menjengah usia 6 bulan.

Malah kata Nabila, suaminya juga tidak marah dengan penularan wajahnya di media sosial memandangkan perkara itu bukan berada dalam kawalan mereka.

Nabila sibuk menguruskan keluarga dan tidak pernah berniat untuk kelihatan seperti penyanyi popular Ariana Grande.

"Suami tak adalah marah, cuma dia terkejut. Kami kahwin pada September 2018.

"Saya suri rumah sahaja, manakala suami buat freelance wedding photography," ujar Nabila menceritakan serba sedikit latar belakangnya.

Menurut Nabila lagi, dia turut menerima banyak Direct Message (DM) di Instagram mengenai persamaan wajah itu.

Untuk rekod, Ariana Grande merupakan penyanyi Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu seperti 7 Rings, One Last Time, Problem dan Side to Side.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ariana Grande, Nabila Azman, seiras

Artikel Lain