suria

Adik ‘bertuah’! Tengah tidur terus terbangun gara-gara Ma Long Kong Kaeng, kakak akur... mula-mula tak suka akhirnya ‘terjebak’

Gambar kiri menunjukkan aksi dua beradik menyanyikan lagu Ma Long Kong Kaeng nyanyian artis Thailand, Poj Sai Indy. Foto Twitter nurinebelle/Youtube Official MV Ma Long Kong Kaeng

LAGU Thailand yang kedengaran seperti ‘Maling King Kong’ kini menjadi trend di media sosial di Malaysia dan ramai mula menyanyikannya.

Walaupun ramai yang tidak memahami maksudnya, lagu dengan tajuk sebenarnya ‘Ma Long Kong Kaeng’ nyanyian Poj Sai Indy itu kini dinyanyikan dalam pelbagai versi.

Turut menjadi perhatian adalah sebuah video yang menunjukkan seorang pemuda yang sedang tidur di dalam kereta terbangun apabila lagu berkenaan dimainkan, sehingga disangka melatah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima jejaka ‘Backstreet Boys wannabe’ buat hal di dewan kuliah! Suara sedap, siapa lelaki muncul dari dalam almari?

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar main gamelan tapi menari lagu Blackpink dipertikai, terlalu agungkan K-Pop, “Pergerakan kami tak over!”

Kakak kepada remaja berkenaan, Nurin Nabilah Norsham, 21, berkata, video tersebut dirakamkan pada Sabtu lalu dan adiknya mula meminati lagu berkenaan beberapa hari sebelumnya.

Nurin (kanan) merakamkan aksi adiknya, Nabil (kiri) menyanyikan lagu Ma Long Kong Kaeng.

Gadis itu memberitahu bahawa ini bukan pertama kali adiknya, Muhammad Nabil yang berusia 19 tahun terjaga daripada tidur apabila terdengar lagu yang semakin popular itu.

“Sebelum ni ada je adik terlelap di rumah, macam di ruang tamu dan bilik tidur, bila terdengar je lagu Ma Long Kong Kaeng ni terus dia terjaga dan menyanyi.

“Cepat je dia ‘tangkap’ lirik lagu tu walaupun tak faham. Bila dia menyanyi sebutan tu macam sama, mungkin dah selalu dengar terus ingat dalam kepala,” katanya kepada mStar.

Hubungan dua beradik ini begitu rapat.

Nurin yang berasal dari Sepang, Selangor berkata, dia pada mulanya tidak menyukai lagu tersebut secara tak sengaja turut terhafal liriknya selepas ‘dipengaruhi’ adiknya.

“Kalau dah tiap-tiap hari menyanyi, sana sini asyik ulang lagu tu 24 jam... saya pun ikut 'terjebak' sampai hafal bahagian korusnya.

“Adik pun selalu nyanyi bahagian korus saja. Selepas video dia dah viral, ramai yang minta dia nyanyi lagu tu versi penuh,” ujar pelajar Diploma Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor ini.

Nabil pertama kali berjauhan daripada keluarga apabila mendaftar masuk sebagai pelajar UiTM.

Bagaimanapun, Nurin mendedahkan adiknya sebenarnya merupakan seorang yang pemalu dan karakternya begitu berbeza dengan aksinya di dalam video yang tular.

“Adik memang pemalu lebih-lebih lagi kalau jumpa dengan orang yang tak kenal. Sebab itulah saya muat naik video dia nyanyi lagu tu di laman sosial untuk buatkan dia lebih yakin.

Kalau dah tiap-tiap hari menyanyi, sana sini asyik ulang lagu tu 24 jam... saya pun ikut terjebak sampai hafal bahagian korusnya.

NURIN

“Dia baru daftar sebagai pelajar di UiTM Kampus Seri Iskandar di Perak dan kami hantar dia untuk minggu orientasi Ahad lalu. Kawan-kawan baharu dah mula tegur dia sebab video tu.

“Adik saya ni manja orangnya, dan ini adalah kali pertama dia berjauhan dengan famili. Saya harap video ni buat dia lebih bersemangat, tak sedih terasa homesick,” tambahnya.

Hubungan dua beradik ini begitu rapat.

Dalam pada itu, Nurin yang juga membuat servis gubahan bunga secara sambilan mengakui berasa sedih apabila terpaksa berjauhan dengan adiknya.

“Kami dua beradik je dalam keluarga, memang rapat sangat. Hampir setiap minggu saya balik ke rumah atau mak ayah serta adik datang jenguk saya di Shah Alam.

“Sekarang terpaksalah tengok video-video adik nyanyi yang saya rakam ubat rindu, termasuk lagu Thailand tu. Tak nak adik sedih, saya sendiri yang sedih,” ujarnya secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain