WALAU sesibuk mana sekali pun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, umat Islam diingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran. Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT. Bagaimanapun amalan ini jarang dijadikan rutin harian kerana ramai mengambil ringan akan kepentingannya. ARTIKEL BERKAITAN: Al-Quran itu mukjizat paling agung, rebutlah ganjaran membacanya ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama teringin nak beli al-Quran ‘tagging’, gadis ini tak sangka dapat kejutan – “Saya marah sebab tahu hadiah tu mahal” Namun perkongsian seorang pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh mengenai rutin harian seorang tukang cuci warga Bangladesh yang membaca al-Quran setiap malam mendapat pujian dalam kalangan netizen. Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan pemuda tersebut yang tidak melupakan ibadahnya meskipun hanya bekerja sebagai tukang cuci. "Hebat mamat nih... jom contohi," kata Rashid. "Di mana-mana lihatlah masjid dan surau. Setiap lima waktu mesti penuh dengan mereka. Mengejar akhirat. Kita?" soal seorang lagi netizen. Menurut Imran Kasran, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Shafikur sering dilihatnya berada di surau Dewan Bedah (OT) setiap kali dia bertugas pada waktu malam. Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan ibadat. "Setiap kali masuk OT waktu malam, akan ada hamba Allah ni di surau OT kami. "Namanya Shafiqur, asal dari Bangladesh. Kerjanya mencuci bilik-bilik OT, tukar-tukar baju yang dah terpakai, top-up barang-barang dalam OT ni. "Selalunya, dia akan stay dari Maghrib hingga ke Isyak pada setiap malam untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran," katanya dalam satu posting di Facebook. Jelas Imran lagi dia pada mulanya agak segan untuk menyapa pemuda itu kerana dirinya sendiri jarang melakukan ibadah tersebut. Doktor, arkitek, engineer, businessman... semuanya hanya di dunia sahaja. Tidak menjamin apa-apa untuk kita bawa ke hari akhirat. IMRAN KASRAN DOKTOR "Then satu hari aku tanya. Shafiqur, you setiap hari baca al-Quran berapa banyak? I tengok you setiap hari ada dalam surau ni antara Maghrib dan Isyak. "Saya tiada baca banyak pun abang. Saya baca satu juzuk saja. Nanti dalam sebulan saya boleh khatam Quran, abang." "Macam mana you boleh jaga al-Quran Shafiqur... Saya malu sama you... aku segan," katanya. Namun respons Shafikur kepada Imran benar-benar mengejutkan dirinya. "Abang, you baca Quran bukan sebab bila you ada masalah sama ini hati tapi sebab you baca al-Quranlah nanti you punya masalah semua hilang abang. Antara reaksi netizen pada posting Imran di Facebooknya. "Hati you mesti banyak tenang nanti. You jaga Allah, nanti Allah jaga you," katanya menceritakan kembali respons pemuda itu. Berdasarkan kisah itu, Imran mengakui tidak kira apa pun pekerjaan kita semuanya hanya dunia semata-mata. "Shafiqur, mungkin kau tak dikenali di dunia. Tapi kau terkenal di langit sana oleh para malaikat. "Doktor, arkitek, engineer, businessman... semuanya hanya di dunia sahaja. Tidak menjaminkan apa-apa untuk kita bawa ke hari akhirat. "Kemungkinan banyaknya masalah yang berlaku pada diri kita, keluarga hatta negara, semuanya dek kerana kita jarang membuka dan mentadabbur kitab suci ini. "Lantas kita tidak tahu cara-cara untuk mentadbir kehidupan berpandukan ajaran Tuhan. Doakan kami juga jadi sepertimu. Dan semoga Allah memelihara negara kita yang tercinta ini," katanya. Posting Imran dikongsi hampir lebih 3,000 kali dan mendapat lebih 5,000 tanda suka di Facebook.