SETIAP pekerjaan mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri, termasuklah tugas anggota bomba yang berbahaya dan berisiko tinggi. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Namun nukilan seorang anak anggota bomba yang bercerita mengenai cabaran yang perlu dihadapi bapanya ketika bertugas benar-benar meruntun hati netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Abam Bomba Malaysia raih perhatian dunia, video selamatkan kucing dapat liputan The Dodo ARTIKEL BERKAITAN: Hebat abang bomba! Hanya seru ‘mai mai’ kucing terbiar lari pecut terkam pagar rumah – “Saya buka peti ais pun depa dah cam” Nukilan itu turut dikongsi di dalam Facebook Friends of Bomba. Menerusi perkongsian itu, anak kepada seorang anggota bomba itu memberitahu bapanya kerap pulang lewat, malah pernah berlaku pulang kerja pada keesokan harinya. "Daddy saya seorang anggota bomba, dia memandu sebuah trak merah besar. Dan apabila dia hendak pergi kerja setiap hari dia akan berkata "Mummy, doakan keselamatan kami". "Kemudian daddy tidak akan pulang ke rumah sehingga kadang-kadang pada hari berikutnya," katanya dalam posting tersebut. Anggota bomba berdepan risiko berbahaya ketika menjalankan tugas mereka. Malah dia turut meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah individu mendakwa kehidupan sebagai anggota bomba adalah mudah. "Tetapi perkara yang mengganggu saya yang paling sedih adalah apabila sesetengah orang akan berkata kehidupan anggota bomba adalah mudah. Mereka makan, tidur dan bermain. "Apabila saya mula-mula mendengar kata-kata ini saya masih muda untuk memahami tapi saya tahu apabila orang mempunyai masalah Daddy berada di sana untuk menghulurkan bantuan," katanya. Betul tu bukan mudah jadi anggota bomba. Teringat akak masa sekolah rendah. Abah tak datang ambil balik sekolah sampai nangis-nangis. Hehehe. Rupanya abah gi padam api. SITI RANA Meskipun masyarakat mempunyai pandangan berbeza mengenai kerjaya bapanya itu, dia yakin bapanya sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk sesiapa sahaja. "Dan saya tertanya-tanya mengapa dia hendak mempertaruhkan nyawanya kepada seseorang yang dia tidak kenal. "Tetapi sekarang saya benar-benar menyedari hadiah yang paling besar seorang lelaki boleh beri adalah untuk mempertaruhkan hidupnya demi keselamatan orang lain agar dapat terus hidup. Antara komen pada posting tersebut. "Kehidupan perlu diteruskan dan berdoa kepada Allah. Berdoa untuk anggota bomba anda agar dia boleh terus menyelamatkan orang-orang yang anda sayang," katanya. Perkongsian itu turut mendapat reaksi positif dalam kalangan anak anggota bomba dan juga orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapa mereka. "Ayah saya juga seorang bomba. Kerjanya tidak mengira masa... selalu waktu rehatnya dicuri. Tahun ni bulan 6 ayah saya pencen. Saya bangga menjadi anak bomba," kata Puan Siti Zalikha. "Betul tu bukan mudah jadi anggota bomba. Teringat akak masa sekolah rendah. Abah tak datang ambil balik sekolah sampai nangis-nangis. Hehehe. Rupanya abah gi padam api," kata Siti Rana. "Semoga anggota bomba sentiasa dirahmati Allah jauhkan segala musibah kerana mereka adalah wira-wira yang sanggup bergadai nyawa dan semoga dipermudahkan urusan mereka. Buat sahabat saya hati-hati bila bertugas dan terima kasih buat wira merah. Teruskan perjuangan kamu. Syabas anggota bomba," kata Ana. Enam bomba maut selepas lemas di pusaran air ketika operasi mencari remaja di sebuah lombong dekat Puchong pada 3 Oktober 2018. Dua tahun lalu, negara digemparkan dengan berita enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan La Cottage dekat Puchong. Dalam kejadian itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, ditemui lemas ketika operasi mencari remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan lemas di lokasi kejadian. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.