"POLITIK adalah pilihan peribadi." Demikian kata Syed Abdullah Syed Abdul Rahman mengenai keputusannya menyertai Umno pada Isnin. Keputusan itu ternyata mengejutkan ramai kerana adiknya, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq merupakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). ARTIKEL BERKAITAN: Tak dijemput, tapi duduk sebaris tetamu VIP... “Syed Abdullah tak wakili KBS, hadir sebagai peminat” ARTIKEL BERKAITAN: Emma, Syed Abdullah masih bersama? Syed Abdullah mengumumkan hal itu menerusi laman Instagram miliknya. Menurut Syed Abdullah, keputusan menyertai Umno tidak sepatutnya dipengaruhi keluarga mahupun media. "Saya telah buat kajian dan membuat pilihan. Hari ini ialah hari bersejarah untuk saya, keluarga dan kawan-kawan. Posting yang dimuatnaik di Instagram. "Hari ini saya buat keputusan berikrar dan menyertai Umno kerana saya percaya generasi muda patut meneruskan legasi itu," ujarnya menerusi kapsyen. Dalam pada itu, Syed Abdullah pada hari ini menyerahkan borang menjadi ahli Umno bahagian Ampang melalui Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun. Untuk rekod, Syed Abdullah memiliki latar belakang pendidikan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Embry Riddle Daytona Beach, Florida, Amerika Syarikat. Menurut Syed Abdullah lagi, dia mahu menyertai Umno untuk mengingatkan generasi muda bahawa Malaysia boleh bersatu dan berdiri bersama-sama dengan lebih kuat. Malah, dia turut membuat satu lagi posting dengan memuat naik foto bendera Umno sejurus pengumuman itu. Posting terbaharu di Instagram Syed Abdullah pada Isnin. Pelayar Instagram turut memberi reaksi sejurus pengumuman itu apabila menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen. "Tahniah. Apa sahaja yang menggembirakan kamu, saya sokong. "Tahniah, setiap orang ada pilihannya sendiri. Semoga Umno kembali seperti dulu. "Ibu dan ayah tak marah ke? Terutama si adik? "Harap ikhlas demi negara," tulis beberapa individu.