suria

Wow! KJ kembali jadi menteri, tak sampai 2 jam ‘Abah’ terus trending di Twitter

Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

HAMPIR dua minggu kemelut politik melanda negara, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan Kabinet yang baharu pada Isnin,

Turut tersenarai ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) yang diangkat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sejurus pengumuman itu, perkataan ‘Abah’ yang sinonim dengan Khairy pantas menjadi trending di laman Twitter, merekodkan hampir 15,000 tweet dalam tempoh kurang dua jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu, tiada TPM

Rata-rata pelayar Twitter meluahkan rasa gembira apabila figura politik popular itu kembali mengisi barisan Kabinet negara.

"Patutlah Abah trending! Selamat kembali KJ.

"Alhamdulillah Abah KJ sudah kembali.

Khairy merupakan Ahli Parlimen Rembau.

"Selamat kembali Abah KJ. Kami percayakan Abah.

"Abah menjadi trending kerana KJ," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada yang turut memberi cadangan agar Khairy menerajui Kementerian Belia dan Sukan, sebagaimana portfolio yang digalasnya sebelum ini.

Malah, ada yang meminta agar Khairy lebih aktif di media sosial seperti suatu ketika dahulu.

Antara topik trending lain di Twitter Malaysia termasuklah #Cabinet, perkataan Malaysia dan CIMB.

Khairy menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam kerajaan terdahulu.

Ia susulan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menerajui Kementerian Kewangan.

Pada 11 pagi Isnin, Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapat perkenan Tuanku.

Pengumuman senarai menteri itu kemudiannya disiarkan secara langsung di seluruh negara pada pukul 5 petang.


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain