suria

“Buat part time, niat nak belanja keluarga” - Pelajar UM tak sedap hati sebelum balik kampung, rumah terbakar selepas letak barang dapur atas meja

Kediaman keluarga Syafiqa musnah dijilat api pada Jumaat.

"TAK sedap hati, rupa-rupanya ada perkara buruk bakal terjadi."

Demikian kata seorang gadis berhubung tragedi kebakaran rumahnya pada Jumaat lalu.

Menurut Nurul Syafiqa Zulkefli, 20, dia menaiki bas dari Kuala Lumpur dan tiba di Kedah pada pagi kejadian, sebelum melihat sendiri api marak sekitar pukul 11 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak 'photoshoot' kediaman jiran rentung, “Dia kata sekurang-kurangnya ada juga gambar kenangan rumahnya”

ARTIKEL BERKAITAN: 
Hantaran hangus sejam selepas siap, tapi semasa kemas rumah pengantin tak sangka terjumpa sesuatu yang istimewa

"Saya belajar di Universiti Malaya (UM). Sebelum beli tiket balik ke Alor Setar, Kedah, saya dah rasa tak sedap hati.

"Tapi dah janji nak balik, saya teruskan juga. Saya sampai rumah dalam pukul 8 pagi, pukul 11 rumah kami terbakar," katanya kepada mStar.

Menurut pelajar jurusan Sumber Manusia itu, dia juga ditimpa beberapa kejadian malang pada malam sebelum pulang ke kampung.

Ahli keluarga Syafiqa dan kediaman mereka yang musnah dijilat api, Jumaat lalu.

Jelasnya, rentetan peristiwa itu seolah-olah memberi petanda akan berlaku kejadian lebih buruk kepada dirinya.

"Masa malam sebelum gerak balik kampung, macam-macam benda terjadi. Terlepas bas, beli tiket tambahan, tertukar bas.

"Tapi paling sedih, saya sampai rumah pagi tu... sempat pergi beli barang dapur untuk keluarga. Beli minyak masak, sayur, gula dan macam-macam lagi.

"Kami orang susah, saya buat kerja part time, niat nak belanja keluarga. Sekejap sahaja letak atas meja, tak lama lepas tu terbakar.

"Masa tu adik saya pun tengah buat kerja sekolah, cuci kasut. Persiapan untuk sekolah pada Ahad," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai kejadian itu, api bermula dari sebuah rumah berdekatan sebelum merebak ke lima rumah lain.

Tapi paling sedih, saya sampai rumah pagi tu... sempat pergi beli barang dapur untuk keluarga. Beli minyak masak, sayur, gula dan macam-macam lagi.

NURUL SYAFIQA ZULKEFLI

PENUNTUT UM

Kejadian dipercayai berlaku akibat litar pintas itu menyebakan kediaman Syafiqa sekeluarga musnah sepenuhnya.

"Saya anak sulung ada lima beradik, ayah berniaga buah dan mak suri rumah. Ayah dah sebulan berhenti kerja, dia sedang buat rumah baharu di Pendang.

"Rumah tu tinggal untuk buat wiring elektrik sahaja. Saya nampak mak dengan ayah trauma... sedih dengan kejadian ni," ujarnya.

Kata Syafiqa, mereka pada masa itu hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting, kipas dan televisyen.

Enam rumah musnah dalam kejadian itu.

Malah, dia juga sempat mengambil beg galas berisi pakaian yang dibawanya dari UM.

Dalam pada itu, kisah sedih keluarga Syafiqa menarik perhatian ramai apabila ia ditularkan di Twitter oleh rakan sekolahnya.

Dengan kuasa viral, beberapa individu tampil menghulurkan bantuan buat keluarganya.

Ujarnya, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukurnya atas sokongan serta bantuan yang diberikan orang ramai buat dia dan keluarga.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain