TIDAK dinafikan zaman sekarang kereta manual bukan lagi pilihan ramai pemandu. Rata-rata pemandu terutamanya golongan wanita lebih gemar memandu kerata gear automatik kerana lebih mudah digunakan. Namun bagi Amira Shafiqah Zulasri, memandu kereta manual sebenarnya amat menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Demi bapa, suami isteri sanggup bawa bayi 6 bulan naik motosikal dari Cheras ke Cherating - “Nak naik bas, bimbang tak sempat...” ARTIKEL BERKAITAN: Tayar dah pancit habis tapi enggan dibantu, alasan self-defence 2020 wanita ini buat penunggang motosikal terkedu - “Belah atas ada angin lagi” "Sesetengah orang fikir bawa manual ni menyusahkan bila hadap jem. Bagi saya belajarlah bawa manual, kalau tak pandai bawa manual tu saya kira dah terlepas salah satu nikmat dunia. "Bila dapat bawa tu feel dia lain macam... rasa seronok. Kebiasaannya bila dekat bukit traffic light kita berhenti kan? Jadi bila berjaya lepas bukit tanpa mati enjin, saya rasa puas sangat. Macam wow hebatnya saya," katanya kepada mStar. Amira bersama adik-beradiknya. Namun gadis berusia 18 tahun itu mengakui dia pada awalnya sedikit gemuruh, tetapi perasaan itu mulai hilang selepas dia mahir mengendalikan kereta jenis manual. "Tak dinafikan mula-mula memang nervous tapi lama-lama tu OK. Saya faham perasaan nervous tu terutama sekali kat bukit dan semasa trafiik sesak. "Jadi jangan gelabah, kita relaks je buat macam biasa. Kita lepaskan clutch sikit-sikit sambil tekan minyak. "Macam ayah saya pesan biar orang gelakkan kita sebab enjin mengaum tapi janji berjalan daripada enjin mati kena hon dengan orang belakang," katanya. Bila dapat bawa tu feel dia lain macam rasa seronok. Kebiasaannya bila dekat bukit traffic light kita berhenti kan? Jadi bila berjaya lepas bukit tanpa mati enjin, saya rasa puas sangat. Macam wow hebatnya saya. AMIRA SHAFIQAH ZULASRI Bercerita mengenai pengalamannya semasa belajar memandu, anak sulung empat beradik itu berkata dia nyaris terlibat kemalangan disebabkan terlalu gemuruh. "First belajar memandu tu saya nervous sebab kebetulan test masa jalan sibuk waktu orang ramai keluar lunch. "Bila waktu first keluar simpang saya tiba-tiba tak boleh control gear. Saya nak masuk gear 1 tapi termasuk gear 3, saya jadi macam tak betul waktu tu. Tweet Amira mendapat perhatian netizen. "Lepas tu saya nyaris terlanggar kereta depan. Then dekat kawasan Asia Jaya banyak traffic light, setiap traffic light tu saya mati enjin siap kena hon," katanya dalam nada berseloroh. Kisah Amira seronok memandu kereta manual yang dikongsi di Twitternya mendapat perhatian netizen. Rata-rata kagum dengan kebolehan dirinya itu. "Girl pandai drive manual rare kot," kata Zik. "Sumpah perempuan suka bawa manual limited. Hahaha," kata Izamuddin. "Best apa bawa manual boleh feeling-feeling dalam litar. Lepas tu sangkut jem rasa nak pergi beli kereta auto," kata Mogu.