suria

‘Tercampak’ di kawasan tiada coverage, gadis berterima kasih kepada ‘orang kuat’ di sebalik game bulldozer dan hari keluarga yang happening

Perkongsian Noor Liyana (gambar kecil) mengenai permainan bulldozer menjadi tular di Twitter.

PENGANJURAN hari keluarga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pada ketika itulah seluruh ahli keluarga berkumpul dan bertanya khabar setelah sekian lama tidak bersua muka.

Selain itu, setiap ahli keluarga pasti akan memanfaatkan waktu berharga tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama seperti barbeku, permainan, solat berjemaah dan macam-macam lagi, sebagaimana posting seorang pelayar Twitter ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat part time, niat nak belanja keluarga” - Pelajar UM tak sedap hati sebelum balik kampung, rumah terbakar selepas letak barang dapur atas meja

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video gelagat pelik kucing menyerupai anjing, ada ‘benda’ lain lebih jadi perhatian - “Mungkin sebab sejadah masih terbentang”

Apa yang menariknya, Noor Liyana Abd Wahab turut berkongsi video-video aktiviti sukan dan riadah ketika hari keluarga diadakan di Teluk Gorek, Mersing, baru-baru ini.

Menurut Noor Liyana, tujuan perkongsiannya di laman sosial itu adalah bagi mengabadikan kenangan, selain mahu berkongsi momen-momen kebahagiaan keluarganya bersama rakan-rakan.

Salah satu 'game' yang dikongsi oleh Noor Liyana di dalam bebenang di Twitter iaitu Bulldozer.

Dalam pada itu, kata Noor Liyana, dia juga mahu berkongsi idea dengan rakan-rakan mahupun pengikutnya yang mungkin ketandusan idea untuk merancang aktiviti sempena hari keluarga masing-masing kelak.

“Hari keluarga merupakan aktiviti wajib bagi keluarga kami. Ia dianjurkan dua tahun sekali, dan penganjuran minggu lalu adalah kali keenam dan ia adalah hari keluarga di sebelah ibu saya.

“Niat nak berkongsi tu sebab nak share momen kami sekeluarga bersama rakan, dan dalam masa yang sama, saja sumbangkan idea mana tahu ada yang buntu tengah mencari permainan untuk hari keluarga mereka.

“Tak sangka pula ramai yang retweet dan quote tweet (berkongsi semula posting) termasuk ada yang share pengalaman hari keluarga masing-masing,” ujar gadis berusia 18 tahun ini kepada mStar.

Kami juga buat aktiviti wajib seperti barbeku dan solat berjemaah. Kebanyakan tinggal di Johor... ada yang di Seremban dan Kuala Lumpur. Ada juga yang sanggup turun padang walau sedang sibuk kursus.

NOOR LIYANA ABD WAHAB

PELAYAR TWITTER

Sehingga kini, perkongsian Noor Liyana meraih sehingga 20,000 retweet dan 30,800 tanda suka.

Bercerita mengenai penganjuran hari keluarganya dengan lebih lanjut, Noor Liyana berkata ibu dan ibu saudaranya yang masing-masing berusia 49 dan 42 tahun merupakan ‘orang kuat’ di sebalik acara berkenaan.

“Ibu dan ibu saudara akan tengokkan lokasi, rancang acara dan program, tarikh dan sebagainya memandangkan mereka tinggal berdekatan di Kluang, Johor.

“Kebiasaannya, hari keluarga akan dirancang tiga atau empat bulan lebih awal untuk memastikan kesemua ahli keluarga dapat sertainya. Kami akan berhubung menerusi grup WhatsApp yang dibuka untuk sambutan ini.

Ibu saudara Noor Liyana (dalam bulatan) merupakan 'orang kuat' di sebalik penganjuran hari keluarga tersebut. 

“Dalam acara baru-baru ini, hampir 10 buah keluarga yang sertai terdiri daripada 58 orang. Terdapat 13 games semuanya, antaranya bulldozer, ikat belon pada tali, isi air dalam botol, rebut kerusi, ambil gula-gula dalam tepung dan lain-lain lagi.

“Selain itu, kami juga buat aktiviti wajib seperti barbeku dan solat berjemaah. Kebanyakan tinggal di Johor... ada yang di Seremban dan Kuala Lumpur. Ada juga yang sanggup turun padang walau sedang sibuk kursus, asalkan dapat luangkan masa dengan keluarga,” kata gadis ini lagi.

Tambah Noor Liyana, dia bersyukur dianugerahkan keluarga yang mementingkan hubungan silaturrahim.

Hari keluarga pada minggu lalu disertai oleh 10 buah keluarga di sebelah ibu Noor Liyana. 

“Bagus apabila buat hari keluarga. Saya sebagai generasi muda rasa sangat beruntung… iyalah kadang-kadang kita ni tak kenal saudara mara, sibuk dengan gajet dan media sosial. Ketika itu, lokasi yang kami pilih memang tak ada liputan internet (coverage). Jadi, memang semua kena terlibat.

“Tapi bila adanya aktiviti seperti ini, bukan sahaja dapat luangkan masa bersama-masa dan mengukuhkan hubungan silaturrahim, malah dapat membuatkan kita lupa seketika kesibukan kerja.

“Dalam masa yang sama, ia akan membuatkan kita lebih menghargai ahli keluarga yang kita ada sekarang,” akhirinya.   

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain