suria

Kesian Sajjad frust tak dapat mandi, air terjun kering... berpeluh makan sosej bakar!

Posting Jack di Twitter mendapat perhatian netizen memandangkan ada yang pertama kali melihat air terjun menjadi kering.

PADA musim panas 'lit-lit' seperti ini, kawasan air terjun semestinya menjadi tumpuan sama ada penduduk setempat mahupun orang luar bagi menyejukkan badan.

Begitulah juga niat sekumpulan anak muda yang ingin mandi-manda di Hutan Lipur Bukit Ayer, Perlis, pada Ahad.

Bagaimanapun, hasrat tersebut terbantut apabila air terjun tersebut 'lesap', yang tinggal hanyalah tanah yang kering-kontang disebabkan musim kemarau.

Ketika dihubungi mStar, Mohamad Sajjad Mohamad Azlan, 20, memberitahu semasa mereka tiba di lokasi tersebut, tidak kelihatan langsung air yang mengalir.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Perempuan Disambar Buaya Ketika Mandi Sungai

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 45 tahun mandi sungai sebelum dirogol dalam air, dua ditahan

"Masa kami sampai, senyap je kawasan tu, tiada langsung bunyi.

"Lepas tu saya nampak orang yang datang nak mandi situ semua dah patah balik," ujarnya yang memberitahu ketika itu dia datang bersama lima rakan yang lain.

Pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Jack itu memberitahu dia dan rakan sering berkunjung ke kawasan tersebut tetapi tidak pernah berlaku kejadian 'air terjun kering' seperti mana yang dilihat pada hari tersebut.

"Sebelum ni masa saya datang tak pernah lagi tiada air, ni kali pertama saya tengok.

"Frust tak dapat mandi, kami pun makan makanan yang kami bawa iaitu nasi goreng dan sosej bakar. Makan sambil berpeluh, air pun tak ada," katanya sambil ketawa ketika mengimbau kejadian tersebut.

Jack dan rakan-rakannya hanya menghabiskan masa melakukan aktiviti membakar sosej. 

Jack juga memberitahu yang dia sempat bertanya kepada penduduk setempat mengenai kejadian tersebut yang jarang-jarang berlaku.

"Orang kampung beritahu saya yang kawasan tu memang akan kering setiap kali musim kemarau tiba.

"Kalau nak mandi kena tunggu bulan puasa nanti sekitar bulan Mei, masa tu orang kampung cakap dah ada air balik," jelas Jack yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Marin di Universiti Teknologi Mara, Arau, Perlis.

Mohamad Sajjad lebih dikenali sebagai Jack dalam kalangan rakan-rakannya di universiti.

Mengulas lebih lanjut mengenai musim kemarau yang sedang melanda Perlis ketika ini, Jack memberitahu suhu yang mencecah 40 darjah Celcius membuatkan rumput-rumput di padang menjadi kuning.

"Panas sangat kat sini, saya tidur tengah malam pun berpeluh.

"Dalam sehari tu lebih kurang empat hingga lima kali saya mandi. Air yang saya guna untuk mandi pun rasa panas," katanya.

Dalam sehari tu lebih kurang empat hingga lima kali saya mandi. Air yang saya guna untuk mandi pun rasa panas.

JACK

Dalam pada itu, Jack sempat diusik berkenaan namanya yang seakan-akan sama seperti seorang usahawan kosmetik terkenal.

"Kawan-kawan yang rapat sahaja akan panggil nama penuh, selalunya dari dulu lagi orang akan panggil Jack.

"Macam baru-baru ini ada isu 'umrah' tu, kawan-kawan ramai tanya saya baru balik umrah ke?" ujarnya sambil tertawa.

Posting yang mendapat perhatian netizen itu sehingga kini telah memperoleh sebanyak 9,900 retweet (ulang kicau) dan 11,300 tanda suka.

Jack menunjukkan gambar Hutan Lipur Bukit Ayer yang dikunjunginya sebelum ini.

Rata-rata netizen terhibur selepas melihat posting berikut.

"Ingatkan air mata je kering, air terjun pun boleh kering," usik seorang pengguna Twitter.

"Wow! Jernih betul air sampai tak nampak langsung," tambah pengguna lain.

"Mungkin air terjun dah penat nak terjun kot," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Jack, sungai, air terjun, Perlis, sosej

Artikel Lain