suria

“Jaga je anak kau, tak perlu sibuk hal orang lain” - Niat baik, tapi kena sound selepas teman budak perempuan bersendirian atas motor

Seorang pengguna berkongsikan pengalamannya ketika terlihat kanak-kanak perempuan dibiarkan berseorangan.

KISAH kecuaian ibu bapa ketika menjaga anak kecil sering kali diperkatakan di media sosial. Terbaharu, tular gambar seorang anak kecil berusia antara enam atau tujuh tahun dibiarkan keseorangan di atas motosikal oleh bapanya di hadapan sebuah kedai runcit.

Menurut satu posting seorang pengguna Facebook yang turut dikongsi oleh Facebook Penang Kini, bapa kepada kanak-kanak tersebut sedang membeli barang di dalam kedai runcit berkenaan.

Dilihat terbiar berseorangan, seorang pemuda turun dari kereta bersama anaknya yang dikenali sebagai Hannah untuk menemani kanak-kanak perempuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian Sajjad frust tak dapat mandi, air terjun kering... berpeluh makan sosej bakar!

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti sekolah beberapa bulan sebelum SPM, remaja ada ‘kes’ dengan cikgu bikin kejutan... terima kasih ‘gadis Biologi’!

"Ayah mana dik? Tanya lelaki tersebut sambil mendukung kanak-kanak tersebut untuk turun dari motosikal.

"Tu haa..." budak tersebut menunjukkan ke arah sebuah kedai runcit.

Lelaki prihatin ini bersama anaknya kemudian memutuskan untuk menemani kanak-kanak tersebut sehingga bapanya selesai membeli barang.

Dalam masa yang sama, dia sempat melihat jam dan menyedari terpaksa menunggu selama hampir lima minit di luar kedai runcit tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an keluar sambil hairan melihatnya anaknya bersama orang yang tidak dikenali.

Kanak-kanak perempuan ini dibiarkan bersendirian di atas motosikal oleh bapanya.

"Assalamualaikum bang, saya nampak dia seorang. Motor ni tepi jalan, stand pun pakai tongkat yang sebelah sahaja," ujar lelaki ini sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Dengan rasa tidak berpuas hati, bapa kepada budak perempuan tersebut memberitahu dia hanya pergi sekejap sahaja untuk membeli top-up (kad tambah nilai prabayar).

"Kau pun anak baru seorang kan? Jaga je anak kau, tak perlu sibuk hal orang lain," ujar bapa kepada kanak-kanak malang tersebut.

Terima kasih kerana prihatin, biarkan apa bapa dia nak cakap, janji anak dia selamat.

NETIZEN

Lelaki prihatin tersebut meminta maaf namun memberitahu bahawa macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 4 minit 17 saat.

"Saya minta maaf bang, saya tak tahu berapa lama abang dah tinggal dia berseorangan sebelum saya nampak dia. Zaman sekarang ni, 4 minit cukup untuk orang cekup anak abang dan bawa lari," ujar pemuda tersebut sambil beredar bersama anaknya, Hannah.

Menerusi perkongsian itu juga, pemuda itu menyeru supaya orang awam bersikap prihatin sekiranya ternampak perkara sedemikian berlaku di depan mata.

"Aku harap kalau nampak kes macam ni, tolong jaga sekejap. Kita tak tahu, orang boleh culik, dilanggar kereta atau jatuh motosikal. Macam-macam boleh berlaku.

"Malang tak berbau, jangan sampai dah berlaku baru nak menangis," pesannya kepada netizen terutamanya yang bergelar ibu bapa.

Antara komen netizen.

Posting yang mendapat 423 perkongsian dan 4,700 tanda suka di laman Facebook itu rata-rata mendapat pujian daripada netizen.

"Terima kasih kerana prihatin, biarkan apa bapa dia nak cakap, janji anak dia selamat," tulis seorang pengguna Facebook.

"Alhamdulillah, seorang insan yang berhati mulia, semoga Allah menjaga dan memberkati setiap perbuatan baik," ujar netizen lain.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang memberitahu bahawa perkara seperti ini kerap dilakukan oleh ibu bapa.

"Banyak kes macam ni, ayah pergi bank tapi tinggal anak dalam kereta. Walaupun enjin tak tutup dan tingkap dibiarkan terbuka, tak fikir ke kalau anak tertekan pedal minyak atau orang bawa lari kereta sekali dengan anak?" marah seorang gadis.

"Baru je tadi nampak kat 7e, mak dia tinggalkan dua anak dalam kereta. Aku pun tunggu je sampai mak dia datang balik. Bahaya betul," tambah netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Motosikal, kedai runcit, topup

Artikel Lain