suria

EH! Ramai pula semangat lain macam nak belajar cuci tangan guna hand sanitizer - “Masih tak fahamlah caranya, rasa nak jemput ke rumah...”

Aksi jururawat ini dalam video tutorial menjadi tular di media sosial.

PENULARAN wabak Covid-19 semakin membimbangkan apabila negara kita mencatatkan 158 kes setakat Khamis.

Pada Jumaat pula, solat Jumaat di negeri Perlis turut digantikan dengan solat Zohor di rumah sahaja dalam usaha mengekang virus berkenaan.

Antara saranan utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentunya pemakaian topeng muka dan rakyat dinasihat kerap mencuci tangan, khususnya menggunakan cecair pembasmi kuman.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 lagi positif Covid-19, jumlah terkini di Malaysia 158 kes

ARTIKEL BERKAITAN: Solat Jumaat di Perlis digantikan dengan solat Zohor di rumah

Dalam kebimbangan itu, video ringkas penuh bermanfaat melibatkan seorang jururawat jelita pantas menjadi tular di laman sosial.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, jururawat dikenali sebagai Hidayah membuat tutorial ringkas hand rub sehingga menarik perhatian ramai netizen.

Sehingga kini, video berkenaan menerima ratusan ribu jumlah tontonan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Solat Jumaat di Perlis digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing sahaja.

Selain berterima kasih atas panduan ringkas yang diberikan, ramai netizen turut memuji paras rupa jururawat berkenaan.

Malah, ada yang turut berjenaka kononnya mahu berkenalan dengan wanita itu.

"OK selain daripada cara menggunakan hand sanitizer dengan betul... ada tak cara untuk saya berkenalan dengan orang yang buat tutorial ni?

Haha adoilah komen korang ni. Orang tunjuk cara hand rub, korang fokus kat misi pula.

NETIZEN

"Masih tak fahamlah caranya. Rasa nak jemput ke rumahlah misi (jururawat) ni buat tutorial.

"Tak nampak dah hand sanitizer. Duk ralit tengok muka nurse comel.

"Haha adoilah komen korang ni. Orang tunjuk cara hand rub, korang fokus kat misi pula.

Video ini menjadi tular di laman sosial sehingga menerima ratusan ribu tontonan.

"Cantik pula nurse ni alahai," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa individu menerusi ruangan komen turut mengeluh mengenai stok cecair pembasmi kuman yang habis di pasaran.

Tak kurang juga yang turut mengadu mengenai kenaikan harga produk berkenaan.

Malaysia catat 158 kes Covid-19 setakat ini.

"Sekadar meluah rasa. Dulu beli botol besar macam ni, RM25 hingga RM28 sahaja. Sekarang sampai RM40, RM42.

"Sekarang tengah musim ni aku tak pelik harga mahal sikit," tulis beberapa individu.

Untuk rekod semasa, China setakat ini mendahului dengan 80,981 kes Covid-19, diikuti Itali di tangga kedua dengan 12,462 kes.

Turut mencatatkan angka jangkitan tinggi termausklah Iran (9,000), Korea Selatan (7,896) dan Perancis dengan 2,284 kes.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
jururawat, Hidayah, hand rub, Covid-19

Artikel Lain