MATA lebam, bibir berdarah... ibu mana yang tak risau melihat anak dalam keadaan cedera? Kebimbangan itu bagaimanapun berubah menjadi rasa geram kerana ia sekadar prank semata-mata. Itulah kisah yang melibatkan Mohammad Roslie Sahid, 21, dengan ibunya, Asmah Ahmit yang kini berusia 54 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki online rupanya abang sendiri, pemuda ini teruk dikecam mainkan perasaan adik ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tanya kenapa buat dia macam ni?” - Komplot berjaya, gadis buat pakwe 'ketagih' PUBG menangis Mesra disapa Jebat, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan itu mengakui sekadar mahu bergurau sahaja dengan ibunya. "Nampak cedera tu sebab saya pakai filter Instagram sahaja. Lepas balik kelas tak ada benda nak buat. "Bila hantar gambar muka cedera macam tu, terus mak call. Tapi saya tak angkat sebab tak ada line. Jebat bersama ibunya. "Lepas tu mak hantar voice notes. Memang tak sangka mak akan menangis. Sumpah risau," ujar Jebat kepada mStar. Enggan mengeruhkan keadaan, Jebat membuat panggilan video untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dia berada dalam keadaan baik sahaja. Kata anak kelahiran Sandakan, Sabah itu lagi, dia juga tidak menyangka video yang dikongsi itu akan menjadi tular sehingga menerima lebih 340,000 tontonan di Twitter. Dia macam geram je dengan saya, dia kata sampai hati buat macam tu. Tapi dia dah OK, kami memang rapat dan selalu bergurau. MOHAMMAD ROSLIE SAHID PENUNTUT UITM Malah, segelintir individu turut memberi komen kata-kata kesat termasuklah menggelarkan dirinya sebagai anak derhaka. "Tak sangka viral, sebab saya tak aktif sangat Twitter. Adalah dapat kecaman dalam 30 peratus. "Ada yang panggil bodoh, anak derhaka... saya tak salahkan mereka, sebab mereka tak tahu apa yang jadi. "Saya ambil teguran secara positif. Saya pun dah balik jumpa mak, minta maaf. Posting Jebat yang tular di Twitter. "Dia macam geram je dengan saya, dia kata sampai hati buat macam tu. Tapi dia dah OK, kami memang rapat dan selalu bergurau," ujar penuntut jurusan Pengajian Komunikasi dan Media itu. Menurut Jebat, dia sekeluarga dahulunya tinggal di Sabah sebelum berpindah ke Shah Alam, Selangor sewaktu dia berusia 14 tahun. Sehingga kini, posting perkongsian Jebat mengenai prank itu turut menerima lebih 12,700 ulang kicau (Retweet) di Twitter.