TAHUKAH anda Jika anda menderma darah, satu beg darah itu mampu menyelamatkan tiga nyawa yang lain? Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang awam untuk bersama-sama menyumbang darah kepada Pusat Darah Negara. Begitulah perkongsian Maisarah Zulkifli, 26, mengenai amalan derma darah. Tetapi, apa yang menjadi perhatian netizen adalah ayatnya yang menyatakan 'jarum suntikan derma darah adalah tidak sakit'. ARTIKEL BERKAITAN: Kesian Sajjad frust tak dapat mandi, air terjun kering... berpeluh makan sosej bakar! ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Tidak perlu henti solat Jumaat - Zulkifli "Jarum tak sakit, rasa macam semut gigit je," ujarnya yang sehingga kini telah empat kali menderma darah. Mengenai pandangannya mengenai jarum suntikan, Maisarah agak terkejut apabila ramai pengguna Twitter terutamanya golongan lelaki menafikan kenyataan tersebut. "Saya tak kisah pun mereka nak kata sakit atau tidak, tetapi apa yang buat saya hairan adalah apabila ramai lelaki yang reply tweet saya cakap sakit. "Mereka kata saya tipu bila saya cakap sakit jarum tu macam kena gigit semut. "Sakit tu ada la sikit, masa jururawat cucuk jarum pertama yang bersaiz kecil untuk buat saluran darah keluar sahaja, untuk jarum kedua yang digunakan untuk mengeluarkan darah tu tak rasa apa pun," ujar Maisarah yang kini bekerja pereka grafik bebas. Sakit tu ada la sikit, masa jururawat cucuk jarum pertama yang bersaiz kecil untuk buat saluran darah keluar saja, untuk jarum kedua yang digunakan untuk keluarkan darah tu tak rasa apa pun. MAISARAH Mengimbau kembali pengalaman kali pertama menderma darah, Maisarah memberitahu dia berbuat demikian disebabkan projek tahun akhirnya (FYP) mempunyai kaitan dengan amalan itu. "Ketika saya mengambil jurusan reka bentuk grafik di Politeknik Sultan Ibrahim, Johor, FYP saya adalah tentang kempen derma darah. Masa tu juga kali pertama saya menderma darah," jelas Maisarah yang memberitahu dia berusia 21 tahun pada masa itu. Maisarah juga sempat berkongsi tip terutamanya buat kaum hawa yang ingin menderma darah. "Bagi perempuan yang ingin menderma darah, mereka perlu tidur secukupnya 6 jam sehari dan merancang terlebih dahulu bila nak derma, supaya tak sama dengan tarikh haid. "Mereka juga perlu banyak makan makanan yang mengandungi asid folik yang boleh didapati dalam kekacang, brokoli, bayam dan asparagus. "Selepas haid, darah dalam badan akan berkurangan. Asid folik penting bagi perempuan untuk memekatkan semula darah mereka," katanya yang mendapat nasihat daripada jururawat ketika menderma darah. Maisarah menunjukkan buku derma darah yang akan diperolehinya. Ketika ditanya bagaimana dia merancang tarikh untuk menderma darah, gadis yang menetap di Kota Bharu, Kelantan itu memberitahu dia sering menyemak tarikh-tarikh kempen derma darah di media sosial. "Saya selalu semak di laman sesawang PDN dan selalu juga saya nampak persatuan yang buat kempen derma darah di pusat beli-belah," beritahunya. Posting yang dimuatnaik oleh Maisarah itu sehingga kini mendapat sebanyak 9,100 retweet (ulang kicau) dan 9,300 tanda suka. Bagi netizen yang belum pernah menderma darah, rata-ratanya menunjukkan rasa curiga mereka untuk pertama kali melakukan perkara tersebut. "Teringin nak derma darah tetapi saya takut dengan jarum. Insyaallah nanti saya cuba," ujar seorang netizen. "Nak derma tapi takut nurse tak jumpa urat," tulis netizen lain.