suria

“Apa guna bini?” - Pemuda beri penjelasan tweet ‘suami basuh pinggan sendiri’, dakwa netizen tak faham sarkastik

Seorang pelayar Twitter dikecam netizen gara-gara membuat posting tentang isu 'suami cuci pinggan'. (Gambar sekadar hiasan)

PADA zaman kini, apa sahaja posting di media sosial pasti akan menjadi perhatian umum, apatah lagi sekiranya ia berkaitan isu sensitif.

Jika tersilap langkah, pasti akan menjadi sasaran netizen atau ‘makcik bawang’.

Begitulah nasib yang dialami oleh pelayar Twitter ini yang membuat perkongsian mengenai isu ‘suami cuci pinggan’ baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak cerewet, tapi wife asyik minta maaf setiap kali hidang makanan - “Ada yang nak jadi madu isteri saya”

“Dah kenapa suami nak kena basuh pinggan sendiri? Apa guna bini? Mintak hantaran macam nak angkat Porsche, pinggan suami satu tu pun takleh nak basuhkan. Baik takyah jadi isteri,” tulis pelayar tersebut.

Posting itu sehingga kini meraih sehingga 2,100 retweet dan 8,600 tanda suka.

Malah, perkongsian itu turut dibanjiri kecaman daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa geram dan marah dengan kenyataan ciapan pelayar tersebut.

Posting Icap Mosh menjadi tular di Twitter baru-baru ini.

“Ini mesti sejenis sebelum kahwin semuanya mak atau adik beradik yang buat. Balik rumah tahu-tahu je semua dah kena hidang. Tak pun dimanja oleh mak,” komen seorang netizen.

“Kau kahwin sebab nak bibik ke? Kesian isteri kau rendah martabat dia jadi orang suruhan si suami pengotor,” komen seorang netizen lain pula.

Bagaimanapun menurut pelayar Twitter yang hanya mahu dikenali sebagai Icap Mosh ini, sebenarnya ramai netizen yang tersilap faham dengan posting tersebut sehingga bertindak ‘menyerangnya’ di ruangan komen.

Ada segelintir yang faham ia adalah tweet sarkastik. Tapi saya langsung tak balas pun hentaman netizen. Kalaulah saya seperti lelaki dalam tweet itu, pasti saya akan balas komen-komen kecaman mereka.

ICAP MOSH

PELAYAR TWITTER

Jelasnya, ia adalah tweet berunsur sarcasm atau sarkastik yang mana ayat yang digunakan agak ‘panas’. Sedangkan, dia hanya nak mahu lihat bagaimana reaksi atau behaviour netizen terhadap isu-isu panas.

“Ia lebih kurang satu eksperimen la... dan saya dapat jawapannya. Saya hanya nak lihat sama ada mereka faham atau tidak, tapi mereka lebih kepada nak hentam kerana tak faham ia sarkastik.

“Ada segelintir yang faham ia adalah tweet sarkastik. Tapi saya langsung tak balas pun hentaman netizen. Kalaulah saya seperti lelaki dalam tweet itu, pasti saya akan balas komen-komen kecaman mereka.

“Saya sendiri turut mencuci pinggan yang digunakan selepas makan, malah turut bantu ibu,” ujar pemuda berusia pertengahan 20-an ini yang juga seorang jurugambar bebas.

Isu 'suami cuci pinggan' yang pada mulanya dikongsi oleh netizen di Facebook.

Menurutnya, dia menjumpai perkongsian ‘suami cuci pinggan’ itu dari Facebook yang mana isu itu turut hangat dibincangkan di laman sosial berkenaan.

“Lepas ternampak di Facebook, saya fikir ia menarik untuk dibawa ke Twitter. Nampaknya lebih ramai yang marah. Bagi saya, daripada marah dan hentam, apa kata kita come out dengan point dan solution yang bernas,” ujarnya yang berasal dari Kluang, Johor.

Bagaimanapun, pemuda ini berkata kecaman yang diterima daripada netizen langsung tidak membuatkannya ‘koyak’.

Antara komen netizen yang meluahkan rasa geram terhadap tweet Icap Mosh.

“Sebelum buat posting itu, saya tahu ia ada pro dan kontra. Saya tak ada niat apa-apa pun, OK saja. Malah ada seorang tweet famous ulang kicau semula posting itu, sebab tahu ia sarcasm. Tapi terpulang kerana setiap orang ada pandangan masing-masing,” katanya.

Mengulas perihal isu ‘suami cuci pinggan’ dari sudut pandangannya, pemuda ini berkata setiap pasangan perlu saling memahami dan bertolak ansur.

“Senang saja… apa-apa pun, saling tolong menolong. Mungkin suami pelupa, tegur… jangan mengamuk atau gaduh. Suami pun kena faham isteri juga. Tak perlu jadikan perkara seperti ini isu besar,” ujarnya lagi. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sarkastik, netizen, cuci pinggan, suami

Artikel Lain