GARA-gara seorang pesakit yang tidak mendedahkan maklumatnya mempunyai kontak dengan pesakit disyaki dijangkiti Covid-19, seorang doktor terpaksa dikuarantin di rumah. Namun, apa yang menyedihkan apabila wanita itu terpaksa ‘berpisah’ sementara waktu dengan suami dan bayi lelakinya yang berusia 16 bulan, meskipun tinggal di bawah satu bumbung. Menerusi luahannya di halaman Facebook, doktor berkenaan memberitahu ia bermula selepas dia membuat pemeriksaan ke atas seorang pesakit yang menyatakan kebimbangan terhadap wabak Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor cemas, sekampung kecoh! Pemuda dakwa kontak pesakit positif Covid-19 lari dari bilik isolasi - “Dia tunduk muka, beritahu sesuatu yang mengejutkan” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung “Hari ini, saya ada seorang pesakit yang dah masuk dalam bilik, dah habis pemeriksaan baru beritahu dia risau sebab dia ada kontak dengan pesakit disyaki Covid-19. “Anda nak tahu apa implikasinya? Klinik kena cuci serta-merta dan saya kena isolasi sendiri sebagaimana yang dinasihatkan oleh bos,” katanya menerusi halaman Facebook Khadijah Ismail pada Isnin, sehingga menjadi tular. Petugas Kesihatan Daerah Kuantan melakukan proses saringan kepada penumpang penerbangan Singapura-Kuantan yang tiba di terminal ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) bagi mencegah penularan jangkitan COVID-1, baru-baru ini. Foto Bernama Dr Khadijah berkata, jika orang ramai merasakan mempunyai kaitan dengan Covid-19, mereka dinasihatkan untuk memaklumkannya di kaunter saringan terlebih dahulu, sebelum dibawa ke bilik isolasi untuk pemeriksaan secara berasingan. “Kalau risau diri tu disyaki jangkitan Covid-19 sebab ada kontak dengan pesakit yang disahkan atau disyaki Covid-19, tolong jangan menonong masuk ke klinik terus,” katanya. Susulan kejadian itu, Dr Khadijah berkata, dia terpaksa mengurangkan kontak dengan orang terdekat terutama suami dan anak lelakinya. Dari tingkat atas, dia merakamkan video anaknya yang dipangku suami di tingkat bawah, menangis dengan pandangan yang cukup sayu seperti dahagakan kasih seorang ibu. Hanya mampu melihat suami dan anaknya dari tingkat atas. Malahan, dia menulis posting tersebut di bilik tidur utama di tingkat atas kediaman dua tingkatnya, sementara suaminya berada di tingkah bawah bersama anak mereka. “Kami memutuskan untuk tidak berjumpa antara satu sama lain walaupun tinggal di bawah satu bumbung sehingga status pesakit saya diketahui, yang mengambil masa antara 24 hingga 48 jam. “Anda tak akan tahu perasaan nak peluk anak-anak selepas penat sehari bekerja melainkan anda seorang ibu. Mendengar anak ketawa di tingkat bawah dari bilik saya di tingkat atas tetapi tak dapat bermain bersama seperti selalu, begitu menyedihkan,” katanya. Berita gembira diumumkan oleh Dr Khadijah pada pagi Khamis. Lebih memilukan, Dr Khadijah turut mendengar tangisan anaknya yang mahu ke pangkuan seorang ibu tetapi hanya mampu melihatnya dari kejauhan. “Saya rayu kepada semua rakyat Malaysia, tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Tolonglah jujur dedahkan status, kontak sakit atau sejarah perjalanan anda di kaunter saringan. “Kerajaan dah pun umumkan Perintah Kawalan Pergerakan, duduklah di rumah dan jangan pergi ke mana-mana. Tolonglah kami untuk atasi pandemik ini. Mendengar anak ketawa di tingkat bawah dari bilik saya di tingkat atas tetapi tak dapat bermain bersama seperti selalu, begitu menyedihkan DR KHADIJAH “Kami tak minta anda sertai kami untuk berada di barisan hadapan, kami hanya minta duduklah di rumah,” tegasnya. Menerusi perkongsian terbaharu, Dr Khadijah mengumumkan berita gembira mengenai dirinya tidak perlu lagi menjalani kuarantin sendiri bermula Khamis. Rakaman CCTV pengubat kerinduan seorang doktor terhadap suami dan anak sewaktu pengasingan. Bagaimanapun, pengalaman pengasingan daripada suami dan anaknya begitu memeritkan dan kerinduan diubati menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah. “Salah satu cara untuk lepaskan rindu pada anak dan suami dalam tempoh self quarantine iaitu tengok mereka bermain berdua dalam video CCTV rumah. “Anda mahu ke jadi macam ni kat anda? Kalau tak mahu, duduk rumah diam-diam. Jangan pergi mana-mana,” katanya. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasakan di seluruh negara dari 18 Mac hingga 31 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menyeru semua pihak untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus Covid-19 dengan berada di rumah.