EKORAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan dalam usaha membendung wabak Covid-19, banyak perkhidmatan dalam negara ini terpaksa menghentikan seketika operasi mereka. Turut terjejas termasuklah Insititusi Pendidikan Tinggi (IPT), sekolah, taska serta pusat asuhan kanak-kanak. Namun, timbul pula persoalan mengenai nasib kakitangan hospital yang terpaksa bekerja dalam tempoh getir ini, siapa yang akan menjaga anak mereka? ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sedang kritikal didakwa ‘demand’ wad first class, tak dedah balik dari Turki... isteri beri penjelasan– “Doakan suami saya sembuh” Prihatin dengan situasi itu, seorang bekas petugas taska yang kini berkhidmat sebagai eksekutif cukai membuka khidmat asuhan percuma, khusus untuk anak-anak kakitangan perubatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Bercerita kepada mStar, Nurul Nabilah Mohd Zohar, 26, mendedahkan idea itu diilhamkan sendiri oleh ibunya, Rozilah Moin, 48, selepas pengumuman PKP oleh perdana menteri pada Isnin lalu. Malah katanya, idea itu berjaya direalisasikan memandangkan tempat dia bekerja juga ditutup sepanjang tempoh PKP sehingga 31 Mac ini. Posting di Facebook Nabilah. "Rumah saya lima minit perjalanan ke HSI. Mak yang bagi idea. Mak kata, orang lain dah sumbangkan makanan, duit. Apa kata kita bagi sumbangan tenaga? "Selepas post iklan di Facebook, dekat 10 orang jururawat dan doktor yang approach. Polis pun ada, tapi akhirnya hanya satu keluarga yang hantar. "Ada seorang jururawat hantar empat orang anaknya yang akan kami jaga sehingga habis tempoh PKP ini secara percuma. Dia hantar dalam 12.30 tengah hari, jemput pukul 10 malam macam tu. Kami buat khidmat ini percuma sahaja. Kesian tengok mereka bertugas. NURUL NABILAH MOHD ZOHAR EKSEKUTIF CUKAI "Pada awalnya saya pun jangka dalam dua keluarga sahaja. Kita pun mahu elak jaga ramai-ramai sangat, risiko pada kanak-kanak," ujarnya lagi. Kata Nabilah, dia dan tiga lagi adik beradiknya, Izzati Nabihah, 28, Izzati Najihah, 21 dan Nadzirah, 18, menawarkan khidmat itu secara percuma kerana simpati melihat nasib kakitangan perubatan yang bertungkus-lumus mengendalikan pesakit wabak berkenaan. Malah katanya, dia sekeluarga seikhlas hati melakukan khidmat itu memandangkan tiga lagi adik beradiknya juga mempunyai pengalaman bekerja di taska. Nabilah dan adik-beradiknya mempunyai pengalaman bekerja di taska. "Dulu habis sekolah je saya kerja di taska milik ibu saudara. Kami empat beradik ada pengalaman bekerja di taska. "Empat orang kanak-kanak kami jaga sekarang, dengan mak sekali tolong jaga empat kanak-kanak tu. Nurse tu pun ada bawa makanan, tapi saya kata tak apa. Kami masak sekali untuk anak-anaknya. "Kami buat khidmat ini percuma sahaja. Kesian tengok mereka bertugas," katanya lagi. Nabilah kini bertugas sebagai eksekutif cukai di Johor Bahru. Dalam pada itu, beberapa netizen turut meninggalkan komen di Facebook milik Nabilah, memuji khidmat murni yang ditawarkannya itu. "Ada bagusnya. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban. "Semoga Allah kurniakan awak sekeluarga kebaikan dunia akhirat. "Alhamdulillah mulianya kamu adik beradik. Allah saja yang dapat balas," tulis beberapa pelayar Facebook.