suria

“Potong sebanyak tu, serius jiwa rasa kosong” - ‘Mak’ dah puas cantik 7 tahun, ‘korban’ rambut walau isteri kurang berkenan

Jepp membuat keputusan drastik dengan mengubah penampilan berambut panjang sejak tujuh tahun lalu. dengan memotongnya hingga pendek. Foto ihsan Jefri El’Mansor

SIAPA tak sedih rambut panjang yang dijaga selama bertahun-tahun terpaksa 'dikorbankan'.

Walaupun rambut sering diibaratkan sebagai mahkota wanita, tapi pengorbanan ini dilakukan oleh seorang pemuda yang baru bergelar suami.

“Terima kasih kerana membuatkan ‘mak’ nampak cantik macam princess selama tujuh tahun ni. Wish list lepas kahwin,” tulisnya menerusi posting di laman Twitter dengan foto menggenggam segumpal rambutnya selepas dipotong.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tangan macam lepas bunuh orang, pengantin tetap gembira inai macam Priyanka Chopra – “Mungkin mereka tak biasa tengok henna macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”

Pengantin berkenaan, Jefri El’Mansor berkata, dia bernikah pada 22 Februari lalu, tetapi ketika itu rambutnya masih panjang hingga paras pinggang.

Kenangan berambut panjang pada hari persandingannya di sebelah pengantin perempuan.

Lebih mesra dengan panggilan Jepp, pemuda berusia 30 tahun itu mengambil keputusan untuk memotong rambut pendek, dua hari sebelum majlis resepsinya pada 14 Mac.

“Sebenarnya sejak zaman belajar lagi teringin nak bela rambut. Rasa cool pula rambut panjang boleh head banging bila pergi tengok gigs.

“Pernah nak potong rambut sebelum ni. Tapi biasalah otak kata lain, hati kata lain. Ikut kata hati cakap akan ada right time untuk potong,” katanya kepada mStar sambil menambah dia mendapat gelaran 'mak' sejak zaman belajar kerana mempunyai sifat keibuan.

Jepp pertama kali memotong rambut panjangnya dari paras melepasi pinggang ke dada selepas lima tahun.

Jepp mendedahkan rambut yang panjang itu pernah dipotong sebanyak dua kali sepanjang tujuh tahun, yang mana kali pertama dilakukannya selepas lima tahun menyimpan melepasi paras pinggang.

“Masa tu saya potong rambut ke paras dada, kemudian simpan lagi dua tahun sampai paras pinggang, lepas tu barulah terus potong habis sampai pendek.

“Saya pernah janji pada diri sendiri... sebelum kahwin atau lepas kahwin memang nak potong. Sebab rasa cukuplah masa untuk cantik kat diri sendiri,” ujarnya secara berseloroh.

Jepp mempunyai minat untuk berambut panjang sejak di zaman universiti.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu menegaskan tiada siapa yang mempengaruhinya untuk memotong rambut hingga pendek malah rata-rata kenalannya membantah.

“Pernah tanya kawan-kawan, mereka semua jawab please no! Malah masa potong paras dada tu ramai terkejut dan marah, termasuk isteri saya sekarang.

“Bila dah potong rambut pendek lepas kahwin, isteri kata pada mulanya nampak janggal tapi dia kemudian menyukainya. Dia kata ‘suami saya nampak sangat handsome',” katanya yang mengenali isterinya sejak usianya 14 tahun.

Pernah nak potong rambut sebelum ni. Tapi biasalah otak kata lain, hati kata lain. Ikut kata hati cakap akan ada right time untuk potong.

JEPP

Berkongsi pengalaman ketika memutuskan untuk memotong rambutnya di kedai, Jepp yang merupakan pengusaha studio pengantin itu mengakui sedih pada awalnya.

“Sedih juga untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang demi untuk orang yang kita sayang. Saya memang nak teruskan je simpan rambut ni tapi bila dah kahwin ni banyak mulut mengata tentang status saya sebagai suami lebih-lebih lagi dengan imej berambut panjang.

Jepp muncul dengan penampilan baharu pada majlis resepsi, baru-baru ini.

“Maka, saya mengambil keputusan untuk potong walaupun isteri saya kurang berkenan dengan idea saya sebab dia suka dengan imej saya dan dia tahu saya begitu sayangkan rambut ni.

“Saya buat semua ni untuk isteri saya. Alah, rambut je pun. Masa barber tu ikat rambut saya dan potong sebanyak itu, serius jiwa rasa kosong tapi tak sabar nak tunggu hasil. 

“Dulu kali pertama potong, agak menyesal esoknya, tapi untuk kali kedua ni rasa gembira. Cuma janggal sikit bila bangun tidur sebab biasanya sikat-sikat rambut dulu hahaha,” ujarnya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain