suria

Doktor bidas pengasas kosmetik ‘tukar karier’ buat hand sanitizer, berkeliaran cari pelanggan - “Saya pelik orang cari hand sanitizer seolah nak mandi”

Pelbagai produk cecair pembasmi mula dijual di media sosial tanpa diketahui kandungannya. -Gambar FB

DALAM waktu-waktu genting seperti ini, nampaknya masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer tiruan.

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pelbagai jenama hand sanitizer 'muncul' dalam pelbagai saiz dan rancak kini dijual secara dalam talian.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Rusyainie Ramli, beliau terkejut melihat timeline Facebook yang mana terdapat pihak yang membuat hand sanitizer di rumah kemudian dipek dalam botol kecil untuk dijual.

ARTIKEL BERKAITAN: Renjis pengantin guna hand sanitizer, abang juruvideo ada alasan sendiri - “Bagi saya bukanlah melampau...”

ARTIKEL BERKAITAN: Topeng muka jemur atas rumput, gantung macam ikan masin entah-entah nak jual ‘second hand’ – “Saya tak rasa mereka nak pakai balik...”

"Berani betul buat sendiri di rumah sedangkan 'ethanol' adalah bahan yang mudah meruwap dan boleh terbakar.

"Hand sanitizer wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kalau tiada nombor pendaftaran kemungkinan ia adalah tiruan," ujar pegawai perubatan kanan Angkatan Tentera Malaysia itu.

Hand sanitizer diletakkan di kebanyakan tempat bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19. Foto Bernama

Dr Rusyainie juga mengecam tindakan segelintir pengasas produk kosmetik yang secara tiba-tiba menghasilkan hand sanitizer disebabkan permintaan yang tinggi.

"Pengasas sebegini tidak akan boleh menjual produk mereka di farmasi kerana tidak berdaftar, maka di media sosial mereka berkeliaran mencari pelanggan.

"Kebiasannya, netizen yang terdesak dan mudah diperdaya akan membeli produk tiruan tersebut," katanya.

Pengasas sebegini tidak akan boleh menjual produk mereka di farmasi kerana tidak berdaftar, maka di media sosial mereka berkeliaran mencari pelanggan.

DR RUSYAINIE

Dalam pada itu, beliau menasihati orang awam agar mengikuti perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya duduk di rumah.

"Jika anda duduk di rumah, basuh tangan menggunakan sabun dan air sahaja sudah mencukupi. Saya pelik orang cari hand sanitizer seolah nak digunakan untuk mandi.

"Campuran kimia dalam tu pun kita tidak tahu, mungkin beri kesan sampingan seperti iritasi dan alahan," beritahunya yang kini memiliki lebih 220,000 pengikut di Facebook.

Dr Rusyainie merupakan  pegawai perubatan kanan Angkatan Tentera Malaysia.

Posting yang sehingga kini mendapat lebih daripada 2,000 perkongsian dan 1,500 tanda suka itu turut dipersetujui netizen bahawa menjual hand sanitizer tiruan adalah satu tindakan yang tidak wajar.

"Lagi dahsyat ada yang cetak pelekat Dettol lepas tu tampal di botol minyak gamat," tulis seorang pengguna Facebook.

"Saya setuju, stok hand sanitizer di farmasi pun susah nak restock, inikan pula di pasaran biasa. Harap-harap tiada yang terpedaya," tambah netizen lain.

"Ada pengasas yang terdesak nak cakap produk dia sah sampai tunjuk screen shot (tangkapan skrin) dengan pengarah KKM. Banyak pula masa pengarah KKM nak layan dia," tulis seorang gadis.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain