PENULARAN wabak koronavirus atau Covid-19 yang menyaksikan peningkatan kes saban hari sedikit sebanyak memberi kesan kepada sumber pendapatan bulanan masing-masing. Lebih teruk lagi, ada di antara rakyat di negara ini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji gara-gara penularan wabak yang kini memasuki gelombang kedua itu. Ada juga yang terpaksa menutup operasi perniagaan masing-masing sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir Mac ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak menghidap penyakit tu” - Timun, lauk tersusun rapi... penjual nasi lemak tak tahu apa itu OCD ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman terburuk... mangsa Covid-19 kongsi pengalaman dikuarantin, paling cemas sukar tarik nafas panjang Bagi seorang peniaga burger, Hanif Mohd Zaki, dia turut tidak terkecuali terkena tempiasnya. Apatah lagi pemuda berusia 28 tahun ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada September depan. Posting yang dimuatnaik Hanif menjadi tular di Twitter. “Sebelum musim Covid-19 ni, pendapatan bulanan tu kira ada juga untuk buat simpanan dan juga untuk survive buat bayar kereta dan komitmen lain. “Tapi sejak Covid-19 menular, perniagaan saya agak perlahan sedikit… mungkin orang keberatan nak keluar dan memilih untuk menyimpan stok makanan di rumah. “Sedih juga mengenangkan perbelanjaan bulanan… lagi pula tak ada sumber pendapatan lain dah. Tapi kena reda dan cari cara lain untuk terus survive,” katanya kepada mStar. Tapi sejak Covid-19 menular, perniagaan saya agak perlahan sedikit… mungkin orang keberatan nak keluar dan memilih untuk menyimpan stok makanan di rumah. HANIF MOHD ZAKI PENIAGA BURGER Hanif berkongsi luahan di Twitter mengenai gerai burger miliknya yang terletak berhadapan kondominium Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, lengang tanpa pengunjung sejak kebelakangan ini. Perkongsian itu kemudian menjadi tular sehingga meraih 8,300 retweet dan 7,600 likes. Graduan dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini berkata dia sama sekali tidak menyangka ciapan tersebut menjadi tular di laman sosial. “Tak sangka pula luahan itu mendapat perhatian ramai. Alhamdulillah, sambutan tu ada. Ramai yang datang dari jauh pun ada, Seksyen 7, 24, 13. Memandangkan regular customer kurang, merekalah jadi pelanggan saya. “Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang tolong retweet, yang datang beri sokongan. Saya berterima kasih sangat. Saya doakan rezeki mereka lebih lagi dari saya, mungkin dari segi kesihatan dan kesenangan. Saya terharu sangat-sangat,” ujarnya. Gerai burger milik Hanif menawarkan lima menu utama. Bercerita mengenai rancangan perkahwinannya, Hanif berkata segalanya bergantung kepada situasi semasa. “Memandangkan situasi sekarang, keluarga kedua-dua belah pihak sudah pun berbincang. Rancangan asal untuk bernikah dan majlis kenduri hanya akan diteruskan jika keadaan pulih. “Namun jika sebaliknya, mungkin kami buat plan B iaitu laksanakan nikah sahaja dulu, majlis kenduri tangguh kemudian. Itu yang dipersetujui kedua-dua pihak. “Mula-mula bimbang juga takut ada yang tak dapat terima, tapi Alhamdulillah, kedua-dua pihak memahami ,” ujarnya yang sudah lebih setahun berniaga burger. Lokasi gerai burger Hanif terletak berhadapan Kondominium Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Tambah Hanif, buat masa ini, operasi gerainya diteruskan untuk dibawa pulang dan servis penghantaran disediakan. “Buat masa ini, tidak dibenarkan makan di gerai tapi saya juga ada buat servis penghantaran di kawasan sekitar. Hanya mesej atau WhatsApp sahaja. Menu tetap buat masa ini ada burger daging lembu, kambing, kerbau, ayam dan benjo special. “Sejak wabak ni, saya galakkan pelanggan untuk membuat transaksi dalam talian. Bagi saya, semua rakyat apalagi yang meniaga makanan perlu tingkatkan penjagaan kesihatan masing-masing,” ujarnya lagi.