KECOH satu klip video perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang tular mengenai seorang staf di sebuah hospital di Perlis yang positif Covid-19. Menerusi klip tersebut, kedengaran suara seorang wanita yang mendedahkan staf yang dipercayai seorang doktor itu didakwa tidak memaklumkan kepada petugas kesihatan mengenai sejarah perjalanannya ke Turki. Doktor tersebut turut didakwa enggan dimasukkan ke bilik kuarantin, sebaliknya mahu ditempatkan di wad kelas satu hospital berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Tular rakaman suara mengenai staf positif Covid-19, HTF buat laporan polis ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit tak cakap benda betul, doktor kena kuarantin... ‘sakit’ lihat anak meraung minta dukung - “Tolong jangan menonong masuk klinik ARTIKEL BERKAITAN: Doktor cemas, sekampung kecoh! Pemuda dakwa kontak pesakit positif Covid-19 lari dari bilik isolasi - “Dia tunduk muka, beritahu sesuatu yang mengejutkan” “Mereka nak letak dia kat wad biasa, tapi dia tak mahu. Nak duduk kat wad kelas satu. Masa tu keputusan belum keluar lagi. “Pengarah, doktor-doktor melawat dia. Penghawa dingin di wad kelas satu kan centralised, semua dah kontak dengan dia. Bila diperiksa, dia positif (Covid-19). “Mau tak kalut (kecoh)... akhirnya dia beritahu baru balik dari Turki. Sekarang ni dia dah contaminate (jangkit) dengan semua orang. “Kalau kebanyakan staf didapati positif, mereka nak lapor kepada kementerian (Kesihatan) yang doktor tu pentingkan diri sendiri. Sedangkan dia pergi Turki, tapi tak cerita,” menurut suara dalam klip audio berkenaan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan risalah mengenai langkah-langkah pencegahan Covid-19. Foto Bernama Seorang lagi lelaki, menerusi klip audio tersebut memaklumkan doktor berkenaan kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) menggunakan ventilator. Susulan dakwaan tersebut, isteri kepada doktor berkenaan menerusi posting di halaman Facebook yang kini tular menafikan suaminya tidak mendedahkan sejarah perjalanan kepada petugas kesihatan. “Untuk makluman, suami saya sudah memaklumkan sejarah perjalanan ke Turki kepada pegawai yang terlibat dan kami telah menerima penjelasan yang baik daripada kakitangan. “Oleh kerana Turki bukan negara yang diletakkan sebagai berisiko ketika itu (kes positif 0 ketika kami pulang ke tanah air, suami saya tidak dianggap sebagai PUI (pesakit di bawah siasatan),” katanya. Oleh kerana Turki bukan negara yang diletakkan sebagai berisiko ketika itu (kes positif 0 ketika kami pulang ke tanah air, suami saya tidak dianggap sebagai PUI. ISTERI STAF HTF POSITIF COVID-19 Malah, dia turut menjelaskan bahawa suaminya dimasukkan ke wad kelas pertama di atas kelayakannya sebagai pegawai perubatan di hospital tersebut. “Kami telah dimasukkan ke wad kelas pertama atas kelayakan suami saya,” tegasnya. Posting penjelasan isteri kepada staf HTF yang positif Covid-19. Mengulas lanjut, katanya, pemeriksaan X-ray yang dilakukan kemudian ke atas suaminya mendapati ia adalah jangkitan paru-paru. “Suami telah diberi antibiotik. Namun pada malam itu, lebih kurang pukul 7 malam, dia mula rasa sesak nafas. Pakar telah menelefon kami dan suami dimasukkan ke wad isolasi pada pukul 10 malam. “Sampel Covid-19 diambil pada malam itu juga. Pada keesokan hari, keputusan sebagai positif. Suami diberi ubat antiviral dan bantuan oksigen. “Untuk mengelakkan keadaan semakin buruk pakar bercadang untuk electively intubate suami. Sekarang beliau dibantu pernafasannya,” katanya sambil menambah keadaan suaminya adalah kritikal tetapi stabil. Seorang wanita tampil menjelaskan dakwaan mengenai suaminya yang disahkan positif Covid-19. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama Wanita itu bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi dan berterima kasih kepada staf yang menjaga mereka di hospital. “Kami tahu banyak viral kenyataan dan tohmahan yang tidak baik kepada kami sekeluarga. Saya berdoa mereka diberi hidayah dan petunjuk. “Saya sudi memaafkan mereka. Doakan suami saya dengan kesembuhan dan ampunkanlah dosa beliau,” katanya. Wanita berkenaan meminta agar semua pihak mendoakan suaminya diberikan kesembuhan. Sementara itu, wakil Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kangar bagi kes Covid-19 ketika dihubungi mStar bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat seorang kakitangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), positif Covid-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air, 8 Mac lalu. Menurut Dr Noor Hisham, beliau dimasukkan ke wad pada 16 Mac, disyaki jangkitan paru-paru dan dehidrasi. “Berikutan dengan itu, pihak hospital telah mengenal pasti kontak dekat dan menjalankan saringan Covid-19 terhadap mereka serta ahli keluarga terdekat pegawai. Pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan berkaitan juga telah dilakukan,” katanya.