suria

Suami sedih tak jadi ‘repeat’ aktiviti bulan madu, sekali Neelofa bagi hadiah - “Saya sebenarnya tak tahu pun...”

(kiri) Ash bersama isterinya menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2 di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. (kanan) Klip isteri Ash yang menjadi perhatian Neelofa. Foto ihsan Wan Muhammad Ashril Wan Adnan

SEORANG suami terpaksa melupakan hasrat untuk membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinan buat isteri tersayang, berikutan penularan wabak Covid-19.

Luahan tersebut dikongsi di laman sosial dengan memuat naik video berdurasi 34 saat yang disunting dengan menggabungkan lebih 20 klip rakaman isterinya menikmati makanan dan minuman.

“Terima kasih kerana sentiasa menjadi wanita yang paling cantik, cef peribadi dan pasangan jalan-jalan cari makan. Maaf, terpaksa batal semua rancangan kita,” tulis lelaki itu yang lebih dikenali sebagai Ash menerusi akaun Twitter @Ashril_92.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikagumi kerana 7 semester dapat 4 Flat, Neelofa pun offer hadiah... graduan dedah hampir tukar jurusan - “Saya pernah menangis, banyak kali”

ARTIKEL BERKAITAN: Idea bisnes baharu raih perhatian, Neelofa siap DM nak bagi sesuatu ‘fruity’, ingatan buat ibu dan isteri dapat pujian - “Jenaka tapi merebut peluang yang ada”

Video tersebut tular sehingga menarik perhatian selebriti, Neelofa yang sudi memberikan hadiah kepada isteri Ash selepas menyedari salah satu tudung yang dipakai menerusi klip video tersebut merupakan keluaran syarikatnya.

Happy Anniversary! I see your beautiful lady wearing one of the hijabs from Naelofar. So I thought I’d spoil her with more from our latest collection. Check your DM! (Selamat ulang tahun! Saya nampak isteri awak yang cantik memakai salah satu tudung daripada Naelofar. Jadi, saya fikir nak manjakan dia dengan koleksi terbaharu kami. Tengok DM!),” kata Neelofa.

Posting Neelofa yang mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan kepada Ash dan isteri.

Ash atau nama sebenarnya Wan Muhammad Ashril Wan Adnan memberitahu, perkahwinannya memasuki tahun kedua pada 23 Mac.

Pemuda berusia 28 tahun itu berkata, dia sebenarnya mahu membuat kejutan kepada isterinya dengan menempah pakej percutian ke Pulau Perhentian di Terengganu.

“Saya dah buat segala tempahan penerbangan dan penginapan dua bulan lebih awal, sejak Januari. Kalau ikutkan Jumaat lepas (20 Mac), kami sepatutnya bertolak ke Pulau Perhentian.

“Tapi kami akur sebab keadaan Covid-19 yang berlaku ketika ini. Tak boleh juga nak sambut di luar rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan pada 18 Mac,” katanya kepada mStar.

Ash terpaksa membatalkan hasrat untuk membawa isterinya bercuti di Pulau Perhentian.

Mengenai perancangan awal, kata Ash, dia memilih Pulau Perhentian berikutan isterinya mengimpikan percutian di pulau dan berminat dengan aktiviti snorkeling.

“Isteri saya teringin nak pergi pulau dan buat snorkeling. Kali terakhir kami buat aktiviti tu, masa bulan madu kami.

“Walaupun terpaksa membatalkan segala tempahan, tapi kami reda kerana apa yang lebih penting adalah keselamatan dan mematuhi arahan kerajaan,” katanya.

Semasa sambutan ulang tahun perkahwinan yang pertama, tahun lalu.

Jurugambar profesional itu bagaimanapun tidak menyangka video yang memaparkan klip rakaman isterinya itu menarik perhatian Neelofa, sambil menambah turut tidak menyedari salah satu daripadanya memaparkan isterinya memakai tudung keluaran selebriti itu.

“Saya sebenarnya tak tahu pun isteri ada pakai tudung keluaran Neelofa dalam banyak-banyak klip rakaman tu... saya tahu pun apabila isteri tunjuk sebaik kami dapat mesej daripada Neelofa.

Saya manalah tahu tudung mana sehingga isteri tunjuk. Klip rakaman dia makan tu pun pada awalnya saya tak ingat berapa letak, dan netizen yang sudi tolong kirakan.

ASH

“Isteri saya seronok dan teruja dapat hadiah daripada Neelofa, kami anggap tu hadiah anniversary kami daripada dia. Tapi tu kira hadiah isterilah sebab saya bukannya pakai tudung pun,” ujarnya secara berseloroh.

Mengenai video tersebut, Ash yang berasal dari Kuala Lumpur mendedahkan bahawa sebenarnya terdapat ‘kekurangan’ satu klip rakaman pada video tersebut.

Ash suka mengambil gambar menikmati hidangan bersama isteri.

“Saya sepatutnya nak letak klip video isteri makan masa candle light dinner Pulau Perhentian sebagai penghujung video, dan baru post di laman sosial.

“Tapi tak apa, kami masih sambut anniversary di rumah. Dan ramai tanya, isteri tak kisah ke ambil video dia tengah makan.

“Isteri saya seorang yang sporting, dia memang suka dirakam bila tengah makan. Dan saya pun rajin rakam video dia, yang penting isteri happy,” katanya sambil menambah mereka menyambut ulang tahun dengan hidangan kegemaran isteri, pasta aglio olio.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain