suria

Cinta jarak jauh, lelaki ini dapat ‘kejutan’ selepas 2 bulan menabung nak belikan awek iPhone - “Kerajaan suruh duduk rumah diam-diam, dia diam-diam cari laki lain”

Perkongsian Erfan mengenai kisah itu turut mendapat perhatian ramai di Twitter. fotoBERNAMA.

SUDAH berbelanja RM2,000 untuk memberi kejutan buat teman wanitanya, namun apakan daya hubungan cinta terputus di tengah jalan.

Lebih perit, kisah malang melibatkan percintaan jarak jauh itu berlaku pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Erfan Shauki, 18, mengakui sedih apabila diperlakukan sedemikian rupa setelah bercinta dengan gadis itu hampir lima bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati remuk sakit ‘corona cinta’! Alasan ‘low key’ pakwe terbongkar pada hari pertama PKP - “Patutlah tak repost gambar...”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

"Kami bercinta jarak jauh. Nak jumpa kena ambil masa yang sesuai, masing-masing masa tak menentu.

"Saya belajar di Langkawi, saya terfikir bila nak balik ke Kuala Lumpur, nak beli sesuatu untuk dia. Tapi itulah, tak jangka ia berlaku.

"Baru dua hari kuarantin (PKP), dia buat keputusan untuk tak nak ada komitmen. Dia kata saya kongkong dia bila dia nak kawan dengan lelaki lain.

Posting di Twitter Erfan.

"Saya suruh dia bagi bukti, ada ke saya kongkong? Tapi dia tak dapat nak bagitahu," katanya yang mesra disapa Erfan.

Jelasnya lagi, tanpa sebarang penjelasan lanjut, gadis itu memutuskan hubungan mereka begitu sahaja.

Tambah perit kata Erfan tentunya hadiah kejutan berupa iPhone XS bernilai RM2,000 yang sudah dibelinya untuk gadis itu.

Pada saya, apabila kita berada dalam sesuatu hubungan... kadang-kadang kita buta, siapa diri kita sebenarnya.

MUHAMMAD ERFAN SHAUKI

PELAJAR

Namun katanya, dia sudah menghadiahkan telefon pintar berkenaan kepada abangnya setelah hubungan dengan gadis itu tidak kesampaian.

"Telefon ni saya dah beli masa awal bulan Februari. Saya pun dah bagi kat abang.

"Dulu dia pernah cakap pada saya agar jangan letak harapan sebab tak tahu apa akan jadi. Saya faham benda tu.

"Tapi lama-lama dia yang beri harapan. Bila dia putuskan hubungan, saya rasa macam hancur hati ni.

"Kerajaan suruh duduk rumah diam-diam, dia pula diam-diam cari lelaki lain," kata Irfan lagi.

Erfan mengakui banyak menerima sokongan di Twitter.

Erfan turut berkongsi kisah itu di laman Twitter sehingga menerima 5,400 ulang kicau (Retweet).

Malah, dia turut dihujani pelbagai komen termasuklah yang memperlekehkan dirinya.

"Ramai yang komen positif, bagi nasihat. Ada juga yang mesej tanya harga telefon tu. Ramai bagi sokongan.

"Tapi ada juga yang marah. Cakap saya ni budak-budak lagi, apa yang saya expect bila bagi hadiah tu?

"Pada saya, apabila kita berada dalam sesuatu hubungan... kadang-kadang buta siapa diri kita sebenarnya," jelas remaja yang menetap di Cheras, Selangor itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain