SAMBIL berlari-lari anak seorang lelaki berbangsa Cina dilihat membawa bungkusan beg plastik dan kemudiannya diletakkan di pagar kediaman di sebuah taman perumahan di percayai di negeri selatan tanahair. Lelaki berkemeja-t biru dan berseluar pendek lengkap bersarung tangan dan topeng muka itu bukan keseorangan, tetapi bersama seorang lagi rakannya yang memandu kenderaan pacuan empat roda sarat muatan. Lebih menyentuh perasaan ramai, apabila ia dilakukan ketika cuaca panas dan orang ramai duduk diam di dalam rumah susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini akibat penularan wabak Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Pembelian panik... pastikan anda simpan stok makanan, guna secara berhemah Menerusi perkongsian video yang tular di Facebook We are Malaysian dinyatakan kedua-dua lelaki itu rupa-rupanya sedang mengagih-agihkan sayur-sayuran dari rumah ke rumah secara percuma di kejiranan itu. Tidak dinyatakan dengan tepat lokasi insiden itu, bagaimanapun berdasarkan tanda pada kenderaan yang membawa bekalan sayur-sayuran itu mereka adalah pekebun sayur dari Pagoh, Johor. Tindakan dua lelaki ini mendapat pujian netizen. Kapsyen video itu turut tertulis, "Mengedarkan sayur-sayuran secara percuma. Usaha yang baik daripada membuangnya. Nasib baik petani menawarkan diri untuk edar sayur-sayur percuma kepada penduduk kampung." Yang pasti posting itu mendapat ratusan komen dan lebih 500 perkongsian yang rata-rata menghargai tindakan mereka sehingga ada netizen yang menggunakan emoji tanda bagus dan tabik atas sikap prihatin peniaga berkenaan. "Aduh baik hatinyalah 'uncle' dua orang ni, agih keperluan harian untuk penduduk taman. Syabas untuk 'uncle' berdua," kata Fatimah Tamim. Kata Jessica Lim, "Orang seperti mereka kita perlukan ketika ramai yang susah. "Terima kasih kerana membantu, orang ramai takut nak keluar. Gembira (kerana) 'uncle' ni pemurah. Moga terus dirahmati," kata Ismail Hakim. "Baik hati dua uncle! Ya lebih baik diagih-agihkan daripada terbuang," kata Lee Leng. Malahan, ada komen yang memaklumkan seharusnya pekebun dan peniaga sayur di Cameron Highlands mengikut cara dua lelaki ini, bukannya membiarkan hasil tanaman mereka rosak akibat kesukaran mengedarkan bekalan. View this post on Instagram Dua lelaki ini mengagihkan bungkusan sayur di sebuah taman perumahan di Pagoh, Johor. Alhamdulillah masih ada yang baik hati ketika orang ramai duduk di rumah sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Kredit video Facebook We are Malaysians #mstarkongsi #stayathome #mco #mstarSS #covid_19 A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Mar 28, 2020 at 8:19pm PDT