suria

Ibu hanya ingat mati selepas positif Covid-19 pada hari jadi anak, cuma mampu baca doa ringkas - “Ada harapan hidup sebab tengok statistik KKM”

Aida menyifatkan keadaan di wad isolasi amat menakutkan.

TIADA siapa mahu dijangkiti wabak Covid-19 yang masih belum ada penawar ketika ini tetapi siapa kita untuk menolak ketentuan Ilahi.

Segala yang berlaku ada hikmahnya dan ujian itulah yang menginsafkan kita semua.

Menerusi perkongsian seorang ibu yang mempunyai dua anak, pengalamannya sepanjang berada di wad isolasi di Hospital Sungai Buloh bersama suami dan anak bongsunya benar-benar menginsafkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya stres, sepatutnya doakan ayah cepat sembuh” – Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kesal maklumat sulit bapa tersebar

ARTIKEL BERKAITAN:Doktor berdiri di luar pagar luah rindu anak, sepupu mengaku ‘emosi’ - “Semua nak duduk di rumah, tapi mereka tak mampu”

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aida itu, dia hanya terfikir mengenai kematian selepas disahkan positif Covid-19 pada 15 Mac lalu.

"Sedih, sayu dan takut. Perasaan yang tak dapat digambarkan apabila setiap malam menjelma. Saya sukar melelapkan mata.

"Bila report hari demi hari kematian kian bertambah hati ni hanya ingat mati. Saya seolah-olah bertarung dengan maut tiap-tiap malam.

Sebanyak 26 kes kematian direkodkan setakat petang Jumaat.

"Masa tu saya cuma kuat sebut nama Allah... Kau kuatkan sistem badanku Ya Allah untuk melawan virus kecil ini. Itu je saya boleh baca masa tu," katanya kepada mStar.

Jelas wanita berusia 34 tahun itu, ada satu tahap dia patah semangat apabila melihat pesakit dalam wad sama dibenarkan keluar hospital selepas bebas virus tersebut.

"Masa mula-mula masuk wad dengar pula berita kematian pertama... hati jadi berdebar-debar menunggu siapakah pesakit itu.

Bila report hari demi hari kematian kian bertambah hati ni hanya ingat mati. Saya seolah-olah bertarung dengan maut tiap-tiap malam.

AIDA

PESAKIT COVID-19

"Waktu tu memang saya jadi sesak nafas sebab ada kencing manis. Tengok pula orang sebelah katil saya discaj lagilah saya down.

"Tapi saya mula fikir positif dan jadi bersemangat. Saya cakap pada diri sendiri masih ada harapan lagi untuk hidup sebab tengok statistik KKM ada pesakit yang sihat," katanya.

Aida berkata dia mendapat jangkitan Covid-19 daripada bapanya yang sebelum ini pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Seri Petaling.

Kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya menampal notis penutupan sementara di Masjid Sri Petaling untuk kerja-kerja disinfeksi. Foto BERNAMA

"Pada 5 Mac lalu ayah call beritahu dia demam dan batuk-batuk. Beberapa hari kemudian waktu solat Asar dia tak larat nak berdiri jadi kawan dia call ambulans.

"Saya empat beradik bila dapat tahu pergilah melawat ayah di hospital. Tapi waktu tu doktor belum sahkan ayah saya positif Covid-19.

"Lepas tu 11 Mac dapat panggilan doktor beritahu ayah positif Covid-19. Memang saya terkejut dan terus ajak suami dan dua anak saya buat saringan dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Lebih menyedihkan apabila Aida yang menetap di Banting, Selangor menerima panggilan daripada HKL yang memaklumkan dia turut positif jangkitan itu pada ulang tahun ke-3 anak bongsunya.

"Sepatutnya 15 Mac plan nak celebrate birthday adik (anak bongsu) tapi kita hanya merancang Allah sebaik-baik perancang dan penentu. Bila dapat panggilan tu rasa tenggelam dunia. 

"Saya dah tak terfikir apa-apa dah. Nak video call dengan anak pun tak mampu sebab nak menangis jelah. Tambah pula kita duduk wad isolasi memang sunyi, jauh daripada orang ramai.

Aida sedih apabila disahkan positif Covid-19 pada ulang tahun ketiga kelahiran anak bongsunya. -Gambar hiasan

"Hari ketiga admit tu dapat tahu suami dan anak bongsu pula positif. Kami duduk satu wad. Alhamdulillah dapat juga jumpa suami dan anak, sekurang-kurangnya  terubat sikit rindu," katanya.

Aida berkata dia sudah dibenarkan keluar hospital kerana bebas jangkitan itu tetapi terpaksa menemani anak bongsunya yang masih menerima rawatan di hospital sama.

"Alhamdulillah doktor call beritahu result saya dah tunjukkan keputusan negatif. Saya dah gembira sangat time tu tapi doktor cakap result adik masih positif.

"Doktor dah buat repeat test hari ini. InsyaAllah esok (hari ini) baru dapat tahu keputusan. Saya mohon doa orang ramai agar anak saya dan pesakit lain kembali pulih," katanya.

Tambah Aida lagi, dia bersyukur kerana anak sulungnya yang berusia sembilan tahun negatif jangkitan itu.

"Kalau ikutkan saya dengan anak sulung saya tu memang saya peluk dan cium dia malam sebelum saya kena admit. Lega bila dapat tahu result dia negatif.

"Tiga lagi adik-beradik saya yang lain pun negatif tapi mereka diarahkan untuk kuarantin selama 14 hari di rumah sebab pernah bertemu dengan ayah," katanya yang mendedahkan bapa dan suaminya juga sudah dibenarkan keluar hospital.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain