DALAM kedukaan berdepan saat getir apabila mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19, terlihat sedikit sinar positif menerusi video TikTok yang dihasilkan. Video melibatkan anak-anak kepada Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) Perak, Dr Samsu Ambia Ismail itu pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Menurut Dr Samsu, dia bersama isteri, Mazrieni Mahd Zaki, 39, dan lima anak iaitu Erika Syamim (18), Elisya Syamim (15), Edrieba Syamim (13), Eryna Syamim (11) dan Eiman Syamim (8) disahkan positif Covid-19 dan kini ditempatkan bersama dalam sebuah wad di HTI. ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman terburuk... mangsa Covid-19 kongsi pengalaman dikuarantin, paling cemas sukar tarik nafas panjang Mengulas video tular itu, Dr Samsu Ambia mengakui pada mulanya tidak tahu mengenai kewujudannya. "Saya sebenarnya tak tahu mereka buat video TikTok. Bila viral, saya risau juga takut kena kecam. Tapi saya tengok respon semua positif. "Ia sedikit sebanyak memberi harapan dan semangat. Cuba sampaikan mesej positif. Banyak kita tengok video sedih, perlu ada juga yang begini. Video TikTok yang dikongsi menerima maklum balas positif di Twitter termasuklah netizen yang mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga. "Kalau kita terbaring sahaja mungkin agak lambat sembuh. Dengan bergerak dan buat aktiviti, mungkin boleh bantu untuk lawan penyakit secara tidak langsung," ujarnya kepada mStar. Malah katanya, video TikTok anak-anaknya juga diibaratkan seperti harapan untuk waris-waris melihat pesakit bersemangat melawan Covid-19 dan mampu sembuh seperti sedia kala. Bercerita mengenai pengalamannya sebagai pesakit Covid-19, Dr Samsu Ambia menyifatkan apa yang berlaku sebagai pengalaman yang menginsafkan. Kita mahu lihat kes jangkitan mendatar dan kembali normal. Ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran. DR SAMSU ANUAR ISMAIL KETUA JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HTI "Ada satu malam tu rasa macam dah nak hilang nyawa. Ingatkan kena serangan jantung. "Bila disahkan positif pada 22 Mac lalu, saya risau anak-anak dan isteri. Sebab tak ada orang nak jaga. Takdir tuhan, semua positif Covid-19. "Memang sakit Covid-19 ni, deria rasa, deria bau hilang. Loya, cirit-birit. Bila kena, baru tahu bagaimana yang pesakit rasa. Tak boleh nak digambarkan," ujarnya lagi. Anak-anak Dr Samsu Anuar. Kata Dr Samsu Ambia, bukan sekadar dirinya sekeluarga, malah dia mahu melihat semua pesakit Covid-19 sembuh daripada virus merbahaya itu. "Satu harapan saya agar wabak ini berakhir. Untuk mereka yang sudah meninggal dunia, kita sedekahkan Al-Fatihah. "Kita mahu lihat kes jangkitan mendatar dan kembali normal. Ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran. Dr Samsu Ambia berharap Covid-19 segera berakhir dan semua pesakit sembuh. "Jangan leka, sebelum ini pun kita pernah dilanda SARS dan sebagainya. Harap juga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis dan sebagainya terus cekal bertugas," ujarnya lagi. Dalam pada itu, video TikTok yang dikongsi anak-anak Dr Samsu Ambia di Twitter menerima hampir setengah juta tontonan sejak ia dimuatnaik. Selain memuji semangat positif yang dipaparkan, netizen turut mendoakan mereka sekeluarga diberi kesembuhan segera dan bebas dari Covid-19. even though kitorg positive covid , kitorg as a family will go through this together ☝️☝️ plus health condition kitorg okay je ,, here’s a tiktok we made to entertain ourselves kt hosp tu haha https://t.co/BLj2O0L12z pic.twitter.com/QKHrkiYEIu — Erika (@errikaaaaaaaa) March 27, 2020