KERJA-kerja memasak di dapur sinonim dengan golongan ibu mahupun kaum perempuan. Tetapi lebih bagus jika suami mahupun anak lelaki membantu kerja-kerja memasak kerana zaman sekarang, tiada lagi istilah wanita tempatnya hanya di dapur. Lain pula kisah Nasrul Iman, 20, apabila niat baiknya untuk membantu ibu dan kakak memasak di dapur bertukar kepada pengalaman yang tidak dapat dilupakan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dapat rasa kek batik termahal di dunia” - iPhone pemuda ‘liat’ masuk dapur tercelup coklat... kakak tetap untung! ARTIKEL BERKAITAN: “Betul ke suami kau macam ni?” - Nak elak pintu peti ais roboh, bapa berkorban apa saja... main ‘kahwin-kahwin’ isteri pandang semacam Manakan tidak, jarang-jarang kedengaran lesung batu ditumbuk sampai pecah! Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut kepada mStar, kakaknya, Najihah Amani memberitahu ketika itu mereka bertiga sedang menyediakan makanan untuk makan tengah hari. "Masa tu nak buat masak lemak cili api... adik saya kat dapur, saya minta tolong dia tumbukkan cili. "Mula-mula dia tumbuk perlahan, tapi lepas tu cili termasuk mata dia. "Sambil tutup sebelah mata, dia pun sambung tumbuk, tapi kali ni lebih kuat... mungkin sebab dia geram kot," ujar Najihah sambil ketawa ketika mengimbau kembali kejadian pada Khamis lalu. Najihah (tengah) kini menjalankan perniagaan atas talian. Najihah yang merupakan anak sulung daripada lima beradik memberitahu walaupun lesung yang dibelinya tiga tahun lalu itu pecah, mujur cili yang ditumbuk masih elok dan lauk siap dimasak. "Nasib baik dia keluarkan cili dulu, bila saya angkat lesung batu tu nak basuh, tengok bahagian bawah dah berlubang. "Kami bertiga tak berhenti gelak masa tu, selalu tengok kat Facebook je benda macam ni. Kali ni jadi kat kami betul-betul. Nasib baik dia keluarkan cili dulu, bila saya angkat lesung batu tu nak basuh, tengok bahagian bawah dah berlubang. NAJIHAH "Adik saya kalau dia ada kat rumah, memang selalu tolong kat dapur macam potong sayur dan kisar bawang," jelas Najihah yang menjalankan perniagaan atas talian. Dalam pada itu, Najihah memberitahu buat masa sekarang dia hanya menggunakan lesung batu yang lama untuk menumbuk berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Saya guna apa yang ada dulu sementara tak boleh nak keluar rumah ni. Ada lesung batu yang lama tapi saiz lebih kecil," ujarnya yang tinggal di Kulai, Johor. Perkongsian Najihah di laman Facebook mendapat perhatian netizen. Gambar tersebut telah dikongsikan di laman Twitter oleh seorang kenalannya dengan menggunakan akaun @ayimrazakss sehingga kini telah mendapat 24,200 retweet (ulang kicau) dan 22,700 tanda suka. Rata-rata netizen terhibur setelah melihat kejadian tersebut. "Ni ketuk lesung batu guna tong gas ke?" tulis seorang pengguna Twitter. "Lesung batu refurbished set ke ni?" tambah netizen lain. "Baru seminggu PKP, dah macam ni rosak," ujar seorang gadis.