suria

Tak berjalan ‘no hal’, pasangan pencen tukar hobi jemur ikan masin... potong dress cucu di rumah - “Beli makanan online pun belajar sendiri”

Shafika memberitahu bahawa bapanya gembira apabila perkongsiannya tular di media sosial.

TAK dinafikan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang bosan duduk di rumah apabila perdana menteri memanjangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.

Namun, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu patuh kepada arahan tersebut bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Duduk di rumah tidak bermakna anda tidak boleh berbuat apa-apa bukan? Begitulah kisah seorang pesara, Mohd Tahir Lokman, 59, yang menjadikan dirinya sangat produktif sepanjang tempoh PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan batal tempahan, rider Foodpanda terdetik bagi fastfood kepada kucing jalanan sebelum akhirnya diberi kepada insan yang sangat lapar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hanya ingat mati selepas positif Covid-19 pada hari jadi anak, cuma mampu baca doa ringkas - “Ada harapan hidup sebab tengok statistik KKM”

Mengulas lanjut kepada mStar, anak sulungnya, Shafika Tahir, memberitahu bahawa bapanya itu memang gemar melakukan kerja sendiri di rumah selepas bersara pada tahun lalu.

Perkongsian Shafika mengenai bapanya, di laman sosial.

"Ibu bapa saya dah pencen, kalau hari biasa, rutin harian mereka adalah berjoging di Taman Tasik Taiping, pergi ke pasar dan memasak.

"Memandangkan PKP berkuatkuasa, mereka bosan duduk di rumah, habis macam-macam benda mereka buat," jelas wanita berusia 33 tahun itu.

Perkongsian Shafika di laman Twitter baru-baru ini tular selepas tindakan bapanya yang 'tidak duduk diam' sewaktu PKP mendapat perhatian netizen.

"Abah memang minat pokok, setiap pagi dia akan siram pokok-pokoknya di belakang rumah.

Mohd Tahir merupakan pesara guru besar manakala Rafidah pula merupakan pesara Quality Control di sebuah kilang.

"Antara tanaman yang dia ada ialah terung, kunyit, cili, limau purut, daun kesum dan yang terbaru ialah pokok gajus. Semuanya ditanam di belakang rumah," ujar Shafika yang memberitahu bapanya itu merupakan bekas guru besar di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih, Taiping, Perak.

Tambah Shafika lagi yang kini sedang menetap bersama suaminya di Doha, Qatar sejak setahun lalu, dia melihat kedua-dua ibu bapanya itu kini lebih aktif selepas duduk di rumah.

"Sebelum ni, mereka kerap berjalan sampai ke Kelantan, Melaka pergi lawat rumah kawan-kawan.

"Sekarang ni duduk rumah lagi macam-macam mereka lakukan antaranya buat kerepek gunting, pisang salai, jemur ikan kembung untuk dijadikan ikan masin, masak sambal ikan bilis kering untuk dihantar ke rumah anak-anak sehinggalah memotong kain untuk dijadikan dress kepada tiga cucu perempuan.

Shafika memberitahu keluarganya tidak risau sekiranya roti di pasaran habis stok kerana ibunya yang berasal dari Sarawak sudah membuat roti sendiri.

"Sampaikan buat pembelian makanan online pun mereka belajar sendiri. Semuanya dibuat dalam tempoh PKP," ujar Shafika yang memberitahu bahawa ibunya berasal dari Sarawak dan sudah biasa membuat roti dan ikan masin.

Dalam pada itu, Shafika yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu turut memberitahu yang dia mewarisi sifat ibu bapanya terutamanya dari aspek menanam pokok.

Sekarang ni duduk rumah lagi macam-macam mereka lakukan antaranya buat kerepek gunting, pisang salai, jemur ikan kembung untuk dijadikan ikan masin, masak sambal ikan bilis kering untuk dihantar ke rumah anak-anak sehinggalah memotong kain untuk dijadikan dress kepada tiga cucu perempuan.

SHAFIKA TAHIR

"Semasa kecil, saya selalu tolong ayah saya jaga pokok kegemarannya iaitu pokok bonsai. Sedikit sebanyak saya tahu cara-cara nak membesarkan pokok.

"Kadang-kadang kalau pokok layu, saya akan telefon ibu saya, pasti ada petua yang diberikan untuk memastikan pokok itu 'bernyawa' semula dan setakat ini semua petuanya menjadi," jelas Shafika yang buat masa ini berada di Malaysia dan tidak dibenarkan pulang ke Qatar berikutan penularan wabak Covid-19.

Shafika dan suaminya, Irsyad Saidin menetap di Doha, Qatar sejak Mei tahun lalu dan kini sedang bercuti di Malaysia.

Shafika memberitahu dia tidak sangka perkongsiannya itu menjadi tular dan mendapat respon yang positif daripada netizen.

"Ada yang beritahu mereka nak ikut jejak abah memandangkan PKP ni tak buat apa-apa di rumah.

"Ada juga yang cakap rumah mereka sempit. Tetapi abah pun duduk rumah teres je, boleh ada 'kebun' di belakang rumah," tambah Shafika yang telah mendirikan rumah tangga sejak 2016.

Perkongsian Shafika di laman Twitter sehingga kini mendapat 9,100 retweet (ulang kicau) dan 19,000 tanda suka daripada netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
abah, hobi, PKP, Covid-19, produktif

Artikel Lain