suria

“Roti tak turun lori lagi orang dah serbu beli” - Sedih! Makanan dicari-cari ketika PKP ada dalam tong sampah

Beberapa buku roti tidak terusik dibuang di dalam tong sampah.

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, sering kali kita dengar rungutan orang ramai mengenai kesukaran untuk mendapatkan bekalan roti.

Ada netizen mendakwa terpaksa menunggu seawal jam 7 pagi di depan kedai serbaneka semata-mata untuk mendapati makanan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang pulang dalam keadaan hampa apabila pergi ke kedai tapi roti sudah habis gara-gara ramai serbu membeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Beribu cucuk sate ‘terbiar’ dalam peti, tak disangka-sangka pertolongan datang dari jauh - “Dah keluar modal tapi tak sempat nak jual”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dapat rasa kek batik termahal di dunia” - iPhone pemuda ‘liat’ masuk dapur tercelup coklat... kakak tetap untung!

Namun perkongsian seorang netizen yang memaparkan beberapa bungkus roti dibuang di dalam tong roro tatkala orang ramai sukar mendapatkan bekalan makanan itu mengundang kemarahan ramai.

Rata-rata menyifatkan perbuatan tersebut sebagai amalan membazir dan mementingkan diri sendiri.

"Aduhai dah lama kempunan nak hadam roti G****** sejak PKP ni tapi bila dapat dekat mereka yang mudah dapat dan mampu beli, senang je diaorang buang. Tak hargai langsung," kata Kaktus.

Netizen berang dengan tidak segelintir individu yang tamak sehingga menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan bekalan roti.

"Sedih tengok roti-roti ni. Sepatutnya orang lain boleh dapat hak diaorang. Membazir betul," kata Sootiredlah.

"Membazir saja. I dah seminggu lebih tak ada stok roti. Pergi semua kedai habis. Bila tanya staf depa kata roti tak turun lori lagi orang dah ambil serbu beli. Tolonglah jangan membazir. Jangan beli banyak-banyak. Kesian kat orang yang perlu, ingin dan lebih menghargai," kata Moribayu.

"Ini yang dinamakan otak letak kat lutut. Roti tu expired tiga empat hari je. Pergi beli banyak-banyak konon nak buat stok dekat rumah. Guna akallah. Tu roti untuk makan bukan roti pakai buang tu," kata Halaaerin.

"Aku sampai give up lah nak beli roti. Dapat sebungkus pun jadilah. Masalahnya sebungkus pun tak dapat. Teruk betul mereka nih," kat Fawelia.

"Eeee bencilah aku pusing lima kedai tau nak cari sebuku roti tapi hampa rupa-rupanya ada dalam tong sampah," kata Aminah.

Susulan itu beberapa netizen turut memberikan tip untuk mengelakkan roti daripada cepat rosak.

"Boleh simpan dalam fridge. Then masukkan dalam microwave bila nak makan," kata Hamdan.

Antara hidangan berasaskan roti yang boleh dibuat jika roti tidak habis dimakan untuk mengelak pembaziran.

"Boleh freeze roti juga. Keep up to three months," kata Timberdoodle.

"Buat baja bungalah roti yang dah expired tu, jangan membazir. If kita tak sharing dekat manusia kita boleh share dengan tumbuhan," kata Syirahrara.

"Makanan yang rosak selalu I buat baja. At least berguna jugalah daripada buang terus. But of course, don't buy more than what you can eat. Memang membazir," kata Izwan.

Aku sampai give up lah nak beli roti. Dapat sebungkus pun jadilah. Masalahnya sebungkus pun tak dapat. Teruk betui depa nih.

FAWELIA.

Selain itu terdapat netizen yang berkongsi beberapa resipi menarik menggunakan roti yang tidak habis dimakan.

"Guys roti kalau dah tak habis korang potong dalam saiz satu inci lebar. Lepas tu bakar jadi roti kering breakfast cicah kopi panas. Sayang weh buang. Lepas bakar, tabur gula... tunggu sejuk...  simpan," kata Nsbku.

"Kalau orang yang bijak mesti dia dapat manfaatkan sebaiknya roti ni... buat makan ikan ke, puding roti ke, roti goreng ke. Tapi tidak pada mereka yang tak berapa bijak. Sayangnya berapa ramai yang tak cukup makan," kata Rini.

Roti sebenarnya boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

"Roti tu boleh buat bread crumb kot. Salut dan goreng macam nugget. Buat bread puding pun sedap. Buat sandwic atau roti telur cheese sosej pun sedap. Hmmm sini susah nak dapat roti. G****** antara roti yang lambat luput even tarikh dan luput," kata Sya.

Sebuah lori muatan roti milik sebuah syarikat roti terkenal dilaporkan hilang di Kuala Lumpur sebelum ditemukan di tepi jalan berhampiran Masjid Beris Meraga, Kijal dekat Kemamam malam Isnin.

Lori tiga tan itu dipercayai ditinggalkan di situ kira-kira pukul 8 malam sebelum orang ramai yang curiga melihat kenderaan tersebut berada begitu lama di lokasi memaklumkan kepada pekerja syarikat roti berkenaan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
roti, PKP, Covid-19, membazir, sandwic, roti sardin

Artikel Lain