BAGAIKAN satu kemestian, apa sahaja yang dikongsi wanita ini pasti menjadi perbualan ramai. Terbaharu, tindakan ahli perniagaan, Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin berkongsi mengenai status kesihatan anaknya turut menerima pelbagai reaksi di laman sosial. Sekadar meminta doa daripada netizen untuk kesembuhan dua anaknya iaitu Andromeda, 3, dan Astreanova, 2, dia sebaliknya menerima reaksi yang tidak dijangka sehingga ada yang mempertikaikan pemilihan nama itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Benda yang saya sayang perlu dilepaskan” - Lelong cincin RM100,000 dalam Lamborghini untuk kebajikan, Cleopatra ada doa khas untuk hater ARTIKEL BERKAITAN: Cleopatra dakwa pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga, bekas suami tampil pertahan diri - “Maaflah... abam ni orang kampung” Lebih teruk, ada pelayar Twitter yang menyifatkan nama dua anaknya seperti pengganas dan ahli neraka. Bercerita kepada mStar, Cleopatra mengakui anak-anak menjadi keutamaan dalam hidupnya dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan mereka. "Hilang harta, hilang darjat saya boleh terima. Tapi hilang anak dan maruah anak, tidak dapat saya terima. Apakah perasaan anda jika netizen hina anak yang kamu kandung selama sembilan bulan? Posting asal di Twitter sebelum nama dua anaknya dipermainkan segelintir individu. "Saya menggadai nyawa melahirkan insan ini di dunia, membesarkan dengan penuh kasih sayang tanpa menghiraukan penat lelah... korban masa tidur untuk menyusukan anak, saya tidur tiga jam dalam masa 24 jam, netizen menghina insan ini? "Sayalah ibu, sayalah bapa. Tiada siapa akan mempertahankan mereka melainkan saya sendiri. Saya harap hingga nafas saya yang terakhir, tiada siapa menyakiti mereka kerana saya sudah tiada lagi di dunia untuk mempertahankan mereka," kata Cleopatra. Hilang harta, hilang darjat saya boleh terima. Tapi hilang anak dan maruah anak, tidak dapat saya terima. CLEOPATRA AHLI PERNIAGAAN Selain kisah anaknya, Cleopatra turut memperincikan usaha-usaha murni yang dijalankan atas kapasiti peribadinya dalam memberi sumbangan buat masyarakat khususnya dalam tempoh getir pada ketika ini. Malah, dia juga mengakui sedih melihat para petugas barisan hadapan (frontliners) yang banyak berkorban untuk negara dalam membendung wabak Covid-19. "Hampir RM150,000 (sumbangan) dalam tempoh dua minggu. Saya sangat sedih melihat dengan mata kepala saya sendiri semasa saya keluar mengiringi gerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Cleopatra bersama dua anaknya. "Keadaan semua petugas barisan hadapan serta semua agensi terbabit dalam PKP yang telah merisikokan diri mereka untuk kesejahteraan rakyat tanpa menghiraukan keselamatan diri dan keluarga mereka untuk berkhidmat," ujarnya yang turut menyumbangkan 3,000 keping topeng wajah kepada para petugas berkaitan. Disebabkan itu, ramai individu turut menggelarkan Cleopatra dengan gelaran Yang Berhormat (YB) khususnya menerusi ruangan balas di Instagram dan Twitter. Nama dua anaknya yang dihina netizen di laman Twitter. Menurut Cleopatra, dia sama sekali tidak menyangka akan digelar dengan nama sedemikian namun menganggap ia sebagai satu penghargaan buat dirinya. "Sejujurnya saya tak jangka rakyat untuk menggelar saya YB sehingga hari ini. Penghargaan yang sangat besar oleh rakyat untuk saya yang kerdil ini, amat saya hargai. "They call me YB everyday, itu menyuntik semangat saya untuk berkhidmat lebih keras untuk rakyat," katanya lagi.