suria

Pandai order, aniaya orang pun pandai! Rider kena game... terpinga-pinga tengah panas cari rumah ‘ghaib’ pelanggan

Nasib malang menimpa seorang penghantar makanan apabila pelanggan yang memesan makanan secara tiba-tiba 'hilang'.

SEJAK kebelakangan ini, tugas seorang penghantar makanan dilihat sebagai perkhidmatan yang diperlukan lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sehingga 14 April.

Oleh itu, kita sebagai pelanggan perlu menghargai khidmat mereka. Memang betul kita menggunakan servis tersebut secara berbayar, namun perlu diketahui mereka berdepan dugaan dan risiko sepanjang menjalankan tugas.

Sebuah posting yang dikongsi semula di laman Facebook, Penang Kini telah mengundang perasaan sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan batal tempahan, rider Foodpanda terdetik bagi fastfood kepada kucing jalanan sebelum akhirnya diberi kepada insan yang sangat lapar

ARTIKEL BERKAITAN: “24 jam bertugas, tak tahu dah makan ke belum” - Gaji tak besar tapi geng rider Food Panda buat anggota polis, tentera tersenyum

Pemilik asal posting tersebut, Zulhaizy, meluahkan rasa simpati terhadap seorang rider Foodpanda yang dilihat menunggu lama di hadapan rumahnya.

"Kesian dekat bro ni, punya lama duduk tunggu depan rumah aku.

"Panas-panas cari rumah tak jumpa, alamat pula letak alamat rumah aku," tulisnya.

Tambah Zulhaizy lagi, dia bertambah simpati apabila pelanggan tersebut seolah-olah tidak berhati perut dengan melepaskan sahaja tanggungjawab terhadap makanan yang telah dipesan.

"Rider tu bagitahu saya, pelanggan ni belum bayar. Sebab tu dia boleh batal ikut suka hati sahaja.

"Tolong la jangan macam ni... kesian depa (mereka) yang berpanas cari rezeki," tulis Zulhaizy lagi.

Posting yang dikongsi semula oleh Penang Kini mendapat 1,300 perkongsian dan 1,700 komen daripada netizen.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen berasa simpati dengan nasib malang yang menimpa penghantar makanan tersebut.

"Kepada abang rider... abang dalam golongan orang teraniaya. Abang maafkan manusia tu seikhlasnya, insyaAllah mencurah-curah rezeki lepas ni," tulis seorang netizen.

"Kesian kat penghantar makanan, kadang-kadang pusing dua tiga kali cari rumah pelanggan padahal tuan rumah dah nampak," ujar yang lain.

"Ya Allah kesiannya, jangan la aniaya orang. Panas-panas nak cari rezeki halal, dia pun nak isi perut tu yang buat kerja. Buat pesanan tu bayar la, sabar sikit je," komen penggunan Facebook yang lain.

Kesian dia ni, punya lama tunggu depan rumah aku, cari rumah pelanggan tak jumpa-jumpa.

ZULHAIZY

PELAYAR FACEBOOK

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berang dengan tindakan pelanggan tersebut yang langsung tidak memikirkan usaha penghantar makanan yang bersusah payah datang mencari rumah.

"Mereka risikokan nyawa tau nak hantar makanan kau. Kadang-kadang kena pecut laju sebab ada tempoh masa yang perlu dipatuhi. Fikir la, jangan jadi manusia yang menyusahkan hidup orang!" marah seorang wanita.

"Ada nama dan nombor telefon ni bagi viral je... sekejap je netizen buat kerja nanti," tambah netizen lain.

Antara komen netizen yang bersimpati dengan kejadian tersebut.

Malah, beberapa penghantar makanan yang lain turut meluahkan pengalaman mereka yang pernah menghadapi situasi seperti ini.

"Saya selalu kena macam ni juga. Pelanggan pesan makanan lepas tu batalkan dengan alasan runner lambat," katanya.

"Sebelum buat pesanan tu fikir 1,000 kali. Jangan last minute atau rider dah dalam perjalanan baru nak bagitahu cancel order. Kena batang hidung sendiri baru tahu," tambah yang lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rider, Food Panda, pelanggan

Artikel Lain