suria

“Kali ni kita main orang dalam, bos imigresen kawan my dad” - Wanita terbang dari Tawau-KL bawa 2 anak mohon maaf, silap guna ayat

Seorang wanita mendakwa menggunakan 'orang dalam' imigresen untuk dibenarkan menaiki penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur semasa tempoh PKP. Gambar hiasan/Foto Bernama

KECOH kisah seorang wanita yang mendakwa menggunakan ‘orang dalam’ Jabatan Imigresen untuk dibenarkan menaiki penerbangan bersama dua anaknya dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut wanita itu, sepanjang tempoh PKP fasa pertama dari 18 Mac hingga 31 Mac lalu, dia bersama anak-anaknya berada di rumah keluarga di Tawau, sementara suaminya di Kuala Lumpur.

Keadaan itu membuatkannya nekad untuk pulang ke ibu kota selepas anak-anaknya berulang kali bertanyakan tentang bapa mereka pada 1 April, hari pertama PKP fasa kedua dikuatkuasakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah 'ketuk kepala', pegawai Imigresen digantung tugas

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada 'hantu'? Siasat tak mahu, pegawai imigresen Malaysia didakwa minta RM150 'shortcut' selesai kes cop pasport Singapura

Namun, apa yang didedahkannya menerusi aplikasi story di Instagram benar-benar mengejutkan ramai sehingga menimbulkan tanda-tanya.

Seorang wanita berdiri berhampiran paparan panel penerbangan yang menunjukkan hampir kesemua penerbangan keluar negara telah dibatalkan berikutan PKP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Gambar hiasan/Foto Bernama

“Sebenarnya tiket penerbangan kami bertiga pada 22 Mac tapi tak lepas sebab imigresen tak bagi lepas. 

“Jadi kali ni kita main 'orang dalam'. Bos imigresen iaitu kawan ayah. Alhamdulillah, lepas juga kami balik Kuala Lumpur,” dakwanya dengan memuat naik tiket penerbangannya, sehingga menjadi tular.

Dimaklumkan bahawa dia hanya menghubungi pegawai imigresen untuk bertanya status kebenaran berlepas ke semenanjung dan bukannya menggunakan ‘orang dalam’ seperti yang didakwa.

MUHAMAD SADE

Bagaimanapun, Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu bahawa mengikut peraturan imigresen semasa pelaksanaan PKP, individu atau rakyat Malaysia hanya perlu melalui pemeriksaan imigresen biasa sahaja apabila meninggalkan negeri itu.

“Dakwaan kononnya diberi pelepasan ke semenanjung kerana menggunakan ‘orang dalam’ iaitu ‘bos imigresen’ adalah tidak benar dan tidak berasas kerana berdasarkan peraturan yang ditetapkan semua warganegara Malaysia tidak dihalang untuk meninggalkan Sabah dan tidak perlu mendapat kebenaran khas dari pihak Imigresen.

“Jabatan Imigresen Sabah telah berhubung dengan penumpang berkenaan bagi mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan bahawa dia hanya menghubungi pegawai imigresen untuk bertanya status kebenaran berlepas ke semenanjung dan bukannya menggunakan ‘orang dalam’ seperti yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Perkongsian seorang wanita yang menimbulkan kekecohan di media sosial.

Sementara itu, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf susulan postingnya di laman sosial yang tular.

“Berhubung dengan satu posting yang viral dan menyentuh Jabatan Imigresen, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Jabatan Imigresen Tawau dan Sabah, khususnya.

“Apa yang sebenarnya berlaku ialah kesilapan saya dalam penggunaan ayat atau kata-kata semasa menulis posting tersebut sehingga menimbulkan salah faham terhadap Jabatan Imigresen.

“Ini sesuatu yang tidak pernah terniat, maksudkan apatah lagi jangkakan. Tiada yang luar biasa mahupun wujudnya unsur salah guna kuasa atau rasuah dalam urusan penerbangan saya dari Tawau ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi tulisan di halaman Facebook pada petang Jumaat.

Permohonan maaf wanita berkenaan.

Susulan permohonan maaf itu, Muhamad Sade menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat kenyataan di media sosial agar tidak menyebarkan berita palsu boleh yang mencemarkan imej jabatan kerajaan sebagai pemberi perkhidmatan di barisan hadapan sepanjang tempoh PKP.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain