suria

Dikecam gara-gara foto main salji, pemuda PAS beri penjelasan... ayat “corona takut salji” hanya gurauan

Gambar Mohamad Zuhdi bermain salji semasa di Turki pada 15 Mac lalu menjadi tular di media sosial.

BEBERAPA keping gambar seorang ahli jawatankuasa Pemuda PAS Selangor bermain salji di luar negara sebelum disahkan positif Covid-19 pada 5 April lalu menjadi tular di media sosial.

Memburukkan lagi keadaan, netizen mengecam tindakan tersebut susulan kemunculan poster kutipan derma kilat untuk Mohamad Zuhdi Mat Piah yang juga bendahari Dewan Pemuda PAS Selangor yang kini sedang dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, Mohammad Zuhdi tampil menjelaskan perkara sebenar memandangkan ada pihak mengecamnya kerana ke Turki ketika kebanyakan negara di dunia dilanda wabak berbahaya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Indah, liang lahad cantik! Suami ustazah Shadiya kongsi perbualan dengan penggali kubur - “Pakai but pun rasa sejuk...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

"Kali ini saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit setelah ada beberapa pihak yang mula mengecam saya sebab ke Turki bermula tengah hari tadi.

"Saya membaca kecaman mereka dengan senyuman dan mendoakan mereka dalam keadaan selamat.

Mohamad Zuhdi berkongsi gambar ambulans dalam satu posting di Facebooknya mengesahkan dia positif Covid-19 dan sedang dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

"Jika dengan kecaman tersebut boleh hindarkan anda dari virus ini maka teruskan kerja anda. Saya tahu dalangnya!" katanya dalam satu posting di Facebook petang Rabu.

Menurut Mohamad Zuhdi, dia bekerja dengan sebuah agensi pelancongan untuk tempoh yang agak lama dan sudah tentu mempunyai rancangan pelancongan tahunan.

Orang tua-tua kata corona takut dengan salji" itu ayat gurauan, tentu kita nak minta hindar, tak kan tak faham kot.

MOHAMAD ZUHDI MAT PIAH.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Selangor.

"Bukan hanya ke Turki, jika ikut jadual 1 April saya ke Makkah, lepas musim haji saya akan ke Jordan, Al Aqsa dan umrah.

"Saya ke Turki pada 13 Mac bersama Kembara Mukmin Travel dan ketika itu Turki belum ada kes Covid-19.

"Waktu itu juga belum ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), arahan PKP diumumkan perdana menteri bermula 18 Mac, jadual kami pulang ke Malaysia pada 22 Mac lalu," katanya.

Beberapa posting Mohamad Zuhdi tular di media sosial.

Bukan itu sahaja, netizen turut mengecam kapsyen pada gambar yang dikongsi Mohamad Zuhdi di Facebook kerana dianggap agak keterlaluan.

Namun Mohamad Zuhdi berkata ayat 'orang tua-tua kata corona takut dengan salji' sebenarnya hanyalah gurauan semata-mata.

"Orang tua-tua kata corona takut dengan salji" itu ayat gurauan, tentu kita nak minta hindar, tak kan tak faham kot.

"Kami balik dari Turki pada 22 Mac dan ikut arahan Kementerian Kesihatan (KKM) kuarantin di rumah masing-masing jangan berjumpa sesiapa. Kami semua ikut arahan tersebut," katanya.

Mengenai kutipan derma kilat, Mohamad Zuhdi memaklumkan dia tidak tahu-menahu mengenai poster tersebut yang tular di media sosial.

"Viral gambar saya di Turki dan main salji, gambar itu bertarikh 15 Mac dan begitu juga dengan poster kutipan derma kilat, saya sendiri pun tidak tahu.

"Baru tadi pihak lajnah kebajikan Pemuda hubungi saya nak serahkan sumbangan RM3,000. Saya sendiri tidak terima dan mohon diberikan kepada NGO yang banyak membantu masyarakat diluar sana yang sangat memerlukan.

Netizen di Twitter turut mengecam tindakan Mohamad Zuhdi susulan beberapa keping gambarnya bermain salji di Turki tular.

"Saya nasihatkan yang tidak tahu apa-apa ambillah al-Quran dan isikan masa anda dengan bacaan al-Quran," katanya.

Pada 5 Mac lalu, Mohamad Zuhdi memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

"Kalau ikutkan hari ini (5 April) cukup 14 hari kuarantin seorang diri, esok atau lusa dapatlah bertemu isteri dan anak-anak yang menanti dan dah berjanji, namun perancangan Allah mengatasi segalanya.

"Doakan kami kuat dan tabah terutama mak yang sedang sakit baru keluar Hospital Baling, isteri kesayangan Dr Amal Syairah yang masih bertugas, anak-anak yang sentiasa rindu ingin berjumpa," katanya.


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
PAS, main salji, Turki, Covid-19, Mohamad Zuhdi

Artikel Lain