suria

Sayu... makcik mualaf sendirian naik wheelchair pergi beli barang selepas dapat BPN, luah ‘impian besar’ kepada ustaz Ebit

Noraini menerima kunjungan Ustaz Ebit pada Khamis.

JIKA kita berasa susah, masih ada insan lain yang jauh lebih susah di luar sana.

Begitulah yang gambaran ketabahan seorang wanita kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Noraini Wong yang keluar bersendirian untuk membeli barangan keperluannya.

Rakaman melibatkan wanita itu yang bergerak menggunakan kerusi roda automatik cukup menyentuh hati netizen setelah ia tular di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada masa sampai dua minggu tak laku” - Nak tolong orang lain, lelaki ini ‘hilang’ satu kaki... anak pula ada tumor

ARTIKEL BERKAITAN: Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hantar makanan

Dalam rakaman sama, tindakan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memakaikan topeng wajah untuknya bagaikan menambah lagi kesayuan dalam hati orang ramai.

"Makcik ni OKU dia nak pergi pasaraya NSK (Selayang, Selangor). Tapi tak ada mask. So kami bagi masa dan glove pada makcik ni.

"Dia seorang je pergi beli barang, tak ada siapa bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)," ujar Khairul Zulkefli yang memuat naik video itu.

Rakaman melibatkan wanita ini menjadi tular di laman Facebook.

Dikongsi pada Rabu, posting yang disertakan dua video itu sehingga kini menerima hampir 800,000 tontonan di Facebook.

Susulan tularnya video itu, nasib wanita berkenaan terus mendapat perhatian apabila kediamannya di Kampung Laksamana, Batu Caves diziarahi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew pada Khamis.

Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. 

USTAZ EBIT LEW

PENDAKWAH

Dedah Ustaz Ebit, wanita itu merupakan seorang mualaf yang memeluk Islam ketika berusia 20-an. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan usia terkini wanita itu.

Melalui nukilan di Facebook, Ustaz Ebit mengakui tidak dapat menahan sebak sewaktu mendengar pelbagai kisah yang diceritakan dalam kunjungan itu.

Noraini menerima kunjungan Ustaz Ebit pada Khamis.

"Dia kata ustaz Cina penceramah TV, Ebit Lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

"Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada di situ. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang sikit-sikit tepi jalan.

"Sekarang dah tak jual sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan kerusi roda elektrik tu dia ke sana sini cari rezeki," ujarnya.

Noraini gembira doanya untuk bertemu Ustaz Ebit yang sering dilihat di kaca televisyen akhirnya makbul dan menjadi nyata.

Tambah Ebit Lew, wanita itu mengakui sudah 14 tahun tidak bertemu ibu kandungnya dan mempunyai adik yang kini menetap di Singapura.

"Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.

"Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua.

 

Noraini sudah 14 tahun tidak bertemu ibunya.

"Saya dah ambil nombor adiknya di Singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan ya," kat Ebit Lew.

Dalam pada itu, majoriti komen menzahirkan rasa simpati mereka, tak kurang juga yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Wanita ini berkata dia menetap di Kampung Laksamana, Batu Caves.

"Semoga Allah permudahkan barisan hadapan negara dan semoga Allah sentiasa murahkan rezeki makcik tu.

"Allahhuakhbar... semoga dipermudahkan urusan makcik ni.

"Terima kasih bro! Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Noraini Wong, Ebit Lew, oku, BPN

Artikel Lain