BUKAN sahaja jari-jemari yang lincah menari di atas kanvas, rupa-rupanya wajahnya turut menjadi perhatian ramai. Begitulah kisah seorang wanita berusia 26 tahun apabila karya lukisannya dikongsi di laman Twitter. Kata Amirah Hawzani Bakri dia terharu apabila hasil seni yang dikongsi menerima reaksi positif rakan-rakan di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Stay at home’ sangat berharga! Waktu bersiap, memandu diguna untuk melukis - “Habis Perintah Kawalan Pergerakan boleh buka galeri” ARTIKEL BERKAITAN: “Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni” - Pelukis terkilan karikatur Bocey ‘disebat’ sesuka hati... Tok Ti ‘level lain’ pun bagi kredit! "Sebenarnya baru tahun lepas saya discover pasal lukisan ni. Dulu lukis-lukis biasa sahaja. "Bermula tahun lepas saya buat lukisan akrilik. Saya tengok tutorial di Youtube... agak mencabar tapi saya cuba belajar. Perkongsian yang tular di Twitter. "Saya pula tak pandai nak lukis figura manusia, jadi lebih suka buat lukisan pemandangan," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Mira, dia juga banyak menghasilkan karya seni lain seperti jahitan cross-stich, penghasilan terrariums serta pembuatan kek dan pastri. Tapi yang lebih penting adalah karya seni yang saya buat, nak bagi orang terinspirasi. AMIRAH HAZWANI PELUKIS VIRAL Mengulas komen-komen nakal di Twitter yang turut memuji kecantikan dirinya, Mira berkata dia mahu karya yang dihasilkan diberi lebih perhatian berbanding dirinya. "Saya terharu dan berterima kasih. Tapi cantik itu subjektif, mungkin ia sekadar gurauan, saya tak boleh kawal. Mira juga ada menghasilkan cross-stich (kiri) dan terrariums (kanan). "Tapi yang lebih penting adalah karya seni yang saya buat, nak bagi orang terinspirasi. Mungkin mereka pun boleh cuba buat kat rumah," ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Mira merupakan graduan Sarjana Kaunseling Profesional Universiti Malaya (UM). Antara karya yang pernah dihasilkan Mira. Sementara menunggu proses lesen kaunselor, dia kini bekerja sebagai guru pendidikan khas di Ampang. Di Twitter, posting lukisan bertemakan anime dihasilkan Mira menerima lebih 7,500 ulang kicau (Retweet). Dia juga sering berkongsi karya yang dihasilkan menerusi laman Instagram.