suria

Tiga beradik ini buat hal lagi, bukan saja di TikTok, kasihan... akak McD pun keliru - “Yang pertama dan kedua OK lagi...”

Kemunculan tiga kembar seiras ini dalam video TikTok ternyata mencuri perhatian ramai.

PERNAH mendapat perhatian ramai pada tahun lalu, kembar tiga seiras ini sekali lagi tular dengan video TikTok terbaharu mereka.

Namun bagi yang tidak mengenali triplet itu, ada yang menyangka video berkenaan hanyalah satu teknik suntingan sahaja.

Bercakap kepada mStar, Iqbal Amzar Bukhory, 25, yang mewakili dua kembarnya mengakui ada sebilangan komen di laman sosial yang tidak menyangka mereka bertiga benar-benar wujud.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kembar seiras 'hot' gembira sambut 'birthday' berempat! Kuatnya naluri... demam bersama, seorang dibuli, dua lagi tak sedap hati

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kembar seiras kacak buat guru terkejut, disangka bunian dalam kelas... “Senang saja nak bezakan kami”

"Ada yang fikir video tu edit. Mereka ragu-ragu dan tak percaya. Mungkin mereka fikir video tu ada seorang sahaja, kemudian edit jadi berganda tiga orang sama.

"Tapi rata-ratanya terhibur. Mereka kata suka tengok kembar tiga. Lepas tu ada juga yang komen, kata teringin nak ada kembar," ujarnya.

Selain Iqbal Amzar, kembarnya Haikal Ajmal dan Hambal Aismat turut bercerita lanjut mengenai pengalaman mereka.

Dari kiri Hambal Aismat, Haikal Ajmal dan Iqbal Amzar.

Malah, masing-masing bersetuju bahawa memiliki pasangan kembar sememangnya menyeronokkan dan membuatkan mereka jarang berasa sunyi.

"Tiada persaingan. Seronok jadi kembar, tak payah cari geng sebab selalu bertiga je.

"Kalau pergi kenduri pun tak ada rasa awkward, sebab dah ada teman sekali.

"Aplikasi TikTok ni atas perspektif masing-masing. Ia bergantung kepada content. Banyak je content yang bersifat intelek dan mendidik.

IQBAL AMZAR BUKHORY

ANAK KEMBAR

"Kami pun banyak minat benda sama. Sukan misalnya, dari kecil selalu ikut ayah. Kami suka main tenis, badminton dan golf," ujar tiga jejaka itu sewaktu dihubungi serentak.

Baru-baru ini pula misalnya, kehadiran mereka bertiga ternyata memberi kekeliruan buat seorang petugas restoran makanan segera.

"Sebelum Perintah kawalan Pergerakan (PKP) kami pergi McD. Selepas cari tempat untuk duduk, kami pergi order makanan secara berasingan. Pergi sorang-sorang.

Mereka bertiga sama-sama menamatkan pengajian pada tahun lalu.

"Yang pertama dan kedua OK lagi... bila yang ketiga pergi order, terus akak tu tegur, cepatnya awak makan.

"Sebab dia ingat saya seorang je, tak tahu ada kembar. Dia fikir tiga kali datang order tu orang sama," ujar triplet itu secara berseloroh.

Sepanjang PKP, mereka banyak bekerja dari rumah dan turut melakukan aktiviti seperti memasak, bermain carrom dan membuat rakaman video.

Foto kenangan kembar tiga itu sewaktu kecil.

Ujar Iqbal, dia dan adik beradiknya itu banyak mendapat inspirasi dari video luar negara dan mahu terus menghiburkan orang ramai.

"Kami tengok video-video menarik yang mungkin boleh adapt dengan kami bertiga sebagai kembar, kami cuba hasilkan.

"Aplikasi TikTok ni atas perspektif masing-masing. Ia bergantung kepada content. Banyak je content yang bersifat intelek dan mendidik.

Lagi foto zaman kanak-kanak mereka.

"Kalau nak kata TikTok tu rempit dan sebagainya, platform lain pun sama. Tapi kita tengok atas content yang dibawa," ujar Iqbal lagi.

Sehingga kini, video itu menerima lebih 200,000 tontonan di Twitter dan dikongsi lebih 9,500 netizen.

Masing-masing menamatkan pelajaran pada tahun lalu, mereka bertiga meneruskan kerjaya dalam syarikat milik keluarga yang memberi fokus kepada kerja-kerja renovasi dan hiasan dalaman.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain