suria

Isteri terdesak... tiada gaji kerana PKP, ada suami tapi dah lama tak beri nafkah - “Duit BPN dia bagi mak nak pergi umrah”

Lelaki itu didakwa mengabaikan isteri demi mengumpul wang menghantar ibunya ke tanah suci.

PERKAHWINAN bukanlah ikatan antara suami dan isteri sahaja malah ia melibatkan penyatuan antara dua keluarga.

Jadi, dalam mencari pasangan, seeloknya carilah individu yang boleh menerima keluarga kita seadanya.

Namun, lain pula kisah wanita ini apabila dia terpaksa menjaga dua adik berusia 13 dan 11 tahun selepas mereka menjadi yatim piatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ugut frame slip gaji tampal dalam rumah... esoknya suami teriak tak jadi tambah bini - “Taubat sampai syurga kata dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

Selepas berkahwin sekitar dua tahun lalu, suaminya seolah-olah sukar menerima kehadiran dua orang adik ipar sehingga suami isteri itu terpaksa tinggal berasingan.

"Suami saya tinggal bersama ibu dan adik perempuan dia. Saya tinggal di rumah saya kerana menjaga adik yang yatim piatu. Saya dan suami jumpa seminggu dua kali je. Kalau ikutkan masa hanya 45 minit perjalanan.

"Masalahnya sekarang suami tidak suka adik-adik saya dan nak hantar mereka ke rumah anak yatim kononnya kos belanja besar dalam rumah ni.

"Saya tak sanggup nak hantar adik saya ke sana. Dari adik bongsu umur lima tahun saya jaga sampai umur 11 tahun tiba-tiba nak bagi orang lain jaga," luah wanita itu.

Lelaki itu mahu dua adik iparnya ditinggalkan di rumah anak yatim.

Bingung dengan situasi rumah tangganya, timbul persoalan dalam minda wanita itu sekiranya tindakannya dianggap sebagai menderhaka kepada suami.

Dalam luahan sama, dia turut memperincikan sikap kedekut suaminya biarpun memiliki pendapatan bulanan sekitar RM3,000.

"Sepanjang tempoh perkahwinan suami hanya beli beras tiga beg dengan minyak masak 1 kilogram, itu pun diungkit sampai setahun lebih.

Saya minta duit bantuan, dia cakap tak boleh sebab dah bagi kat mak dia, simpan nak pergi umrah.

ISTERI MALANG

"Gaji RM3,000 tapi tak pernah bagi duit nafkah, belanja dapur dan bil-bil semua atas alasan dia nak lepas hajat hantar mak dia pergi umrah, baru dia boleh bagi belanja.

"Dia dah banyak pinjam duit saya tapi tak pernah nak bayar," kata wanita itu lagi.

Dalam kes terbaharu, wanita itu ketiadaan wang kerana tidak dapat bekerja dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Usahanya meminta wang RM100 untuk membeli barang dapur juga tidak dihiraukan suami biarpun sudah menerima bantuan wang yang diumumkan kerajaan.

Dakwa wanita itu, suaminya juga mengabaikan wang belanja barang dapur.

"Paling saya kecewa klemarin saya minta duit RM100 untuk beli barang dapur sebab dah tiada duit, maklumlah masa PKP saya tak dapat bekerja. Dia langsung tak bagi, alasan bos tak bayar gaji lagi.

"Saya minta duit bantuan, dia cakap tak boleh sebab dah bagi kat mak dia, simpan nak pergi umrah," luah wanita itu panjang lebar.

Kisah wanita itu dikongsi menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT) dan menerima lebih 3,400 komen dari netizen.

Malah, ramai yang turut meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa wanita yang tidak memiliki cahaya mata itu.

Lelaki itu berhasrat menghantar ibunya menunaikan Umrah.

"Sedihnya. Pada saya suami boleh diganti, tetapi adik-beradik itulah satu-satunya kenangan yang kita ada dari arwah mak ayah kita.

"Ada hikmah belum dikurniakan zuriat. Sis berpisah cara baik jelah.

"Macam mana adik boleh kenal dengan tenuk tu? Adik bagi balik tenuk tu kat ibu dia.

"Berkat ke duit dia bagi kat mak dia kalau sampai aniaya atau abai isteri sendiri?

"Umrah mak kau kejarkan, isteri kau biarkan. Sebab tu rezeki dia sempit, berkira dengan isteri," tulis individu di Facebook.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, ibu mentua, Umrah, anak yatim

Artikel Lain