KUARANTIN di pusat kuarantin yang disediakan kerajaan adalah wajib bagi sesiapa sahaja yang memasuki Malaysia dari di luar negara. Begitulah ketetapan bermula 3 April lalu ke atas mana-mana individu yang memasuki negara ini dalam usaha mengekang wabak Covid-19. Namun, timbul pula isu yang disebut kumpulan 'turun dari kayangan' apabila segelintir daripada mereka bersikap demand dan memberi layanan buruk terhadap petugas barisan hadapan (frontliner). ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka panggil staf kami anjing, pencacai najis” - Doktor dedah sikap grup ‘turun dari kayangan’, ada petugas terpaksa berundur mengalah ARTIKEL BERKAITAN: Grup pelancong dikuarantin dicop ‘kluster jengkel’, betul ke rakyat Malaysia baru balik overseas banyak songeh? - “Rindu geng tabligh...” Terbaharu, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berkongsi kisah serupa. Menurut anggota itu, dia pada Khamis lalu bertugas bagi menyambut individu yang baru sahaja tiba ke negara ini untuk dikuarantin di sebuah hotel di Putrajaya. "Hari yang paling panjang. Kena bersedia kat hotel untuk terima PUS (patients under surveillance) dari flight luar negara. Ada individu dikuarantin membuat permintaan tidak masuk akal termasuklah lokasi bilik hotel yang menghadap Tasik Putrajaya. "Sampai enam bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Keluarlah berbondong-bondong dari bas dengan bagasi, guni-guni kain baju borong, kotak-kotak barang segala. "Sekali turun lima orang, gelak-gelak berhimpit. Bila tegur kena jarakkan sikit, kita pula kena perli balik," ujarnya. Kata anggota itu, segala tindak-tanduk kumpulan berkenaan dianggap sebagai ujian dalam pekerjaan untuk dia dan rakan setugas. Ya Rabbi. Seriously. Bagi pilihan, suruh jaga PUS dari Tabligh Masjid Sri Petaling macam sebelum ni lagi elok dan senang daripada jaga orang-orang kat hotel ni. ANGGOTA APM Malah katanya, tugasan menjaga kumpulan tabligh Sri Petaling sebelum ini lebih mudah berbanding kumpulan baru pulang dari luar negara itu. "Saya nak bilik menghadap Tasik Putrajaya," ujar salah seorang individu yang dikuarantin itu. "Blur sekejap fikir mana satu nak cekau bilik menghadap tasik tu. "Saya minta maaf, saya bukan pekerja hotel. Ada seorang lagi minta cepat, tak nak duduk hotel ni tapi nak bilik kat hotel lain," kata anggota APM itu. Individu pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib bermula 3 Mac lalu. Dalam pada itu, posting anggota APM berkenaan sehingga kini menerima lebih 4,000 perkongsian di Facebook. Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen dan cadangan netizen. Anggota itu berkata tugasan menjaga kumpulan tabligh lebih senang berbanding individu yang baru pulang dari luar negara. "Allahu. Bersabarlah kalian. Semoga Allah memberi hidayah kepada kalangan mereka itu. Juga diberi ganjaran pahala melimpah ruah serta kesihatan yang baik buat para petugas melawan Covid-19 ni. "Dah jejak kat Malaysia ni kira bersyukur la weh. Perangai tu elok la sikit nak demand lagi dah kenapa? Apa bendalah manusia tak tau bersyukur langsung? "Menyusahkan orang. Elok mereput kat luar negara je sepatutnya. "Deme ni kena suruh kuarantin bilik mayat je. Baru tahu apa tu erti penyesalan," tulis beberapa pelayar Facebook.